KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk menyampaikan writ samannya terhadap enam pihak termasuk dua syarikat perbankan, di luar negara.
Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon membenarkan permohonan 1MDB untuk kebenaran menyerahkan writ saman itu kepada defendan yang berada di luar negara.
Enam pihak itu ialah syarikat perbankan Coutts & Co Ltd dan J.P. Morgan (Switzerland) Ltd; dua syarikat yang diperbadankan di Arab Saudi iaitu Petrosaudi International Limited dan Petrosaudi Holdings (Cayman) Limited serta dua individu masing-masing warga Arab Saudi, Tarik Isam Ahmed Obaid (Tarik Obaid) dan warga Britain, Patrick Andrew Marc Mahony (Patrick Mahony).
Kesemua pihak itu merupakan defendan kedua hingga ketujuh dalam tuntutan saman difailkan 1MDB bernilai AS$1.83 bilion antaranya atas dakwaan melanggar kontrak, cuai dan melakukan konspirasi jenayah bagi penyelewengan dana 1MDB.
Perkara itu disahkan oleh peguam dari Messrs. Rosli Dahlan Saravana Partnership semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.
"Ya, kami sahkan bahawa hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan plaintif bagi kebenaran untuk menyampaikan notis writ di luar bidang kuasa terhadap defendan di luar negara.
"Selepas mendengar hujah peguam plaintif, mahkamah mengeluarkan perintah yang membenarkan permohonan kami. Mahkamah turut menetapkan 8 Nov sebagai tarikh untuk pengurusan kes berikutnya," kata peguam 1MDB itu selepas prosiding secara maya.
Beliau menambah setakat hari ini defendan pertama Deutsche Bank (Malaysia) Bhd telah disampaikan writ saman itu.
1MDB selaku plaintif secara ex parte telah menfailkan notis permohonan itu secara berasingan pada 27 Ogos lepas, untuk mengeluarkan dan menyampaikan writ saman serentak bagi penyampaian di luar bidang kuasa.
Defendan pertama, Deutsche Bank, adalah pihak tempatan, dan Peraturan Mahkamah membenarkan permohonan dibuat terhadap defendan kedua hingga kelima walaupun mereka berada di luar Malaysia, antara lain di Zurich dan Geneva, Switzerland; Al Khobar di Arab Saudi dan Grand Cayman di Kepulauan Cayman, sementara defendan keenam Tarik Obaid adalah penduduk Al-Khobar, Arab Saudi, defendan ketujuh Patrick Mohany di London, Britain.
Dalam permohonan itu plaintif turut memohon kebenaran untuk menyampaikan writ saman serentak terhadap semua defendan di mana sahaja mereka boleh ditemukan.
Plaintif mendakwa kesemua defendan cuai, melanggar kontrak dan berkonspirasi untuk menipu 1MDB sehingga menyebabkan kerugian kepada syarikat berkenaan serta menjejaskan reputasi dan nama baik 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021

1MDB selaku plaintif secara ex parte telah menfailkan notis permohonan itu secara berasingan pada 27 Ogos lepas, untuk mengeluarkan dan menyampaikan writ saman serentak bagi penyampaian di luar bidang kuasa. - Gambar fail

Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Malaysia Airlines lancar penerbangan baharu ke Kertajati Indonesia
Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.

Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai
Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Musim menuai di Kedah bantu pulih bekalan beras putih di pasaran
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.
AWANI 7:45 [25/09/2023] - Sanusi sahkan beri keterangan | Teknologi AI terbuka sumbang jenayah | Tarikh penamaan 21 Oktober 2023 | Peluang rangkul pingat emas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar;
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib
Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.

Mahkamah tetapkan 27 Okt tarikh keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka menetapkan 27 Okt depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.
Identiti mangsa van terjunam dikenal pasti
Polis mengenal pasti identiti kesemua 11 mangsa yang terlibat dalam insiden van persiaran terbabas sebelum terjunam ke cerun di Jalan Teluk Kumbar malam tadi, termasuk seorang wanita warga Singapura yang maut dalam kejadian itu.

Laporan jejak wang sahkan RM1.89 bilion 1MDB masuk akaun Najib - Penganalisis BNM
Adam Ariff, saksi pendakwaan ke-47, mengesahkan Tanore memindahkan US$681 juta ke akaun Najib antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013.

AS$30 juta masuk ke akaun Najib dari syarikat samaran - Saksi
Blackstone ialah sebuah syarikat yang dikatakan dikawal oleh ahli perniagaan buruan, Jho Low, melalui rakan sekutunya Tan Kim Loong atau Eric Tan.

Najib terima RM60.6 juta daripada Putera Faisal - Penganalisis BNM
Berdasarkan analisis beliau, bekas Perdana Menteri itu menerima RM60,629,839.43 daripada Putera Faisal Bin Turkey Bin Bandar Alsaud pada 23 Feb 2011 dan 13 Jun tahun sama.

Malaysia tekad dapatkan kembali dana 1MDB daripada Goldman Sachs - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Goldman Sachs.

Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda
Keputusan itu dibuat tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menolak dua notis rayuan dikemukakan pihak pembelaan.

'Mana pernah jerat lupa pelanduk' - KPN tegas usaha jejaki Jho Low masih diteruskan
Menurut Razarudin, siasatan terhadap Jasmine Loo di bawah AMLA masih diteruskan ketika ini.

Kes 1MDB: Malaysia tuntut Roger Ng kembali
Hakim AS menangguhkan tarikh penyerahan Roger Ng, yang dijadualkan pada 6 September, selama sebulan kepada 6 Oktober.

1MDB: Singapura kenakan sekatan seumur hidup terhadap Roger Ng
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan perintah larangan seumur hidup (PO) terhadap Ng Chong Hwa, juga dikenali sebagai Roger Ng, bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs (Singapura) Pte.

1MDB: PDRM rampas, sita aset Jasmine Loo bernilai lebih RM93.2 juta - Ayob Khan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dan menyita sebahagian aset milik bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.

Jho Low buka akaun syarikat tiga bulan sebelum terima AS$700 juta
Jho Low telah membuka akaun bank Swiss untuk Good Star Ltd tiga bulan sebelum syarikat miliknya itu menerima dana AS$700 juta milik 1MDB.