awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: 'Datuk' bebas dengan jaminan RM100,000 dan 2 penjamin

Anthea Yap
Anthea Yap
28/07/2015
04:17 MYT
1MDB: 'Datuk' bebas dengan jaminan RM100,000 dan 2 penjamin
Majistret mengeluarkan perintah bebas ke atas individu bergelar "Datuk" berusia 48 tahun itu dengan jaminan RM100,000. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pengarah Urusan sebuah syarikat pembinaan yang merupakan individu keempat ditahan reman berhubung siasatan 1MDB sejak Sabtu lalu dibebaskan hari ini.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim mengeluarkan perintah bebas ke atas individu bergelar "Datuk" berusia 48 tahun itu dengan jaminan RM100,000 di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Dia dibebaskan atas jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana RM20,000 daripadanya dalam bentuk tunai dan baki RM80,000 atas jaminan lisan dua penjamin.
Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazalie Abdul Khairi.
Sebelum ini, dia ditahan reman empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16a Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima rasuah.
Dia telah ditahan pada Jumaat lalu jam 7 malam di pejabat SPRM.
Mahkamah Majistret Putrajaya telah mengeluarkan perintah reman terhadap lima individu bagi membantu siasatan berhubung kes 1MDB dengan empat daripadanya dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Akta SPRM
#Datuk
#pengarah urusan
#seksyen 16a
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan