Parti pembangkang perlu berhenti daripada bermain politik sebaliknya, menerima hakikat bahawa 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjaya dalam usaha rasionalisasinya, kata pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Sambil menggesa mereka supaya berhenti membuat tuduhan itu, beliau mendakwa Anggota Parlimen DAP Tony Pua melancarkan satu lagi tuduhan kitar semula, yang kali ini melalui serangan peribadi dan memfitnah Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda dengan mendakwa Arul menyembunyikan kerugian berjumlah berbilion ringgit.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut mengulangi berita dan maklumat basi, kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Pertunjukan nyanyian dan tarian ini merupakan suatu usaha terdesak pembangkang untuk menjadikan isu 1MDB sentiasa hidup sedangkan pada hakikatnya, ia sudah tidak lagi merupakan isu kritikal," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Abdul Rahman berkata Pua, yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, nampaknya tetap dengan pendiriannya yang berbilion ringgit telah dicuri daripada 1MDB walaupun hakikatnya, siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan audit khas Ketua Audit Negara terhadap 1MDB sudah semakin siap.
"Siasatan PAC dan laporan Audit AG (Ketua Audit) dibuat berdasarkan bukti dan keterangan, ia perlu dihormati sebagai sumber yang benar untuk menentukan sama ada berbilion ringgit telah dicuri," katanya.
Abdul Rahman berkata beliau selalu mengesyaki pembangkang tidak pernah mahu pelan rasionalisasi 1MDB berjaya dan sanggup bersusah payah untuk melemparkan tuduhan secara berterusan sejak tahun lepas.
Perkara yang disyakinya itu diperkuatkan lagi apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan semalam bahawa beliau telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di negeri itu menyekat penjualan tanah 1MDB berharga RM1.3 bilion dengan alasan wang 1MDB adalah wang orang ramai dan 1MDB bukan pemilik 100 peratus tanah itu.
"Peliknya, kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai masalah untuk membenarkan 1MDB membeli tanah sama pada 2013 dan mengutip pelbagai yuran daripada pemindahan hak milik tanah itu, tetapi apabila 1MDB ingin menjual tanah itu sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasinya, Pulau Pinang menyekatnya pula.
"Bagi saya, ini suatu kes jelas untuk mensabotaj usaha rasionalisasi 1MDB dan tidak rasional atau mempunyai sebarang asas dari segi undang-undang," katanya.
Bernama
Fri Jan 15 2016
Abdul Rahman berkata beliau selalu mengesyaki pembangkang tidak pernah mahu pelan rasionalisasi 1MDB berjaya dan sanggup bersusah payah untuk melemparkan tuduhan. - Gambar Fail
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.