Kesedaran tentang skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah penting kerana skandal itu menjejaskan rakyat di negara ini termasuk rakyat di Sandakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
Beliau berkata skandal itu telah menjejaskan peruntukan dalam belanjawan negara, yang sepatutnya boleh digunakan untuk membangunkan lagi Sabah.
"Ada kaitannya (kesedaran tentang skandal 1MDB kepada penduduk di Sabah).
"Orang mungkin tidak tahu ... tetapi disebabkan skandal itu, kita kehilangan banyak wang," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita ketika berkempen untuk calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Sandakan di sini.
Wan Azizah diminta mengulas mengenai ceramah oleh bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Pulau Berhala di sini semalam.
Pandikar, yang berada di sini untuk berkempen bagi calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin, memberitahu penduduk di pulau itu bahawa skandal 1MDB tidak relevan kepada rakyat di Sandakan.
Wan Azizah berkata tindakan Pandikar adalah tidak bertanggungjawab dan bahawa rakyat di seluruh negara perlu tahu skandal itu yang mendapat perhatian seluruh dunia.
Mengenai Wong, Timbalan Perdana Menteri mahu penduduk Sandakan memastikan Wong memenangi pilihan raya kecil itu kerana negara memerlukan lebih ramai pemimpin muda untuk menyuarakan masalah mereka di Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2019
Skandal 1MDB telah menjejaskan peruntukan dalam belanjawan negara, yang sepatutnya boleh digunakan untuk membangunkan lagi Sabah, kata Wan Azizah. Foto BERNAMA
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.