KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bertindak melangkaui bidang kuasanya apabila melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan bagi menerajui siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan melakukan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat.
Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata demikian melalui afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul bagi menyingkirkan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan untuk mengetuai pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.
Notis usul itu difailkan semalam (27 Januari) dan media memperoleh salinan dokumen itu daripada peguam Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent hari ini.
Dalam afidavit sokongan itu, Rosmah berkata selepas meneliti surat pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu sebagai timbalan pendakwa raya kanan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah bertarikh 21 Mei 2021, didapati pelantikan itu tidak merujuk kepada kes dihadapinya.
Rosmah berkata jika mahkamah berpendapat bahawa Idrus telah bertindak secara teratur selaras dengan kuasa statutorinya, maka Sri Ram masih bukan individu yang 'layak dan sesuai' untuk menjalankan pendakwaan kes itu.
"Saya menegaskan bahawa peguamcara saya akan berhujah lanjut berkenaan perkara ini secara terperinci ketika pendengaran permohonan ini kelak dan adalah jelas bahawa Sri Ram harus disingkirkan sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes ini," katanya.
Sementara itu, menerusi notis usul berkenaan, Rosmah mendakwa pelantikan Sri Ram adalah tidak sah di sisi undang-undang dan terbatal.
Permohonan berkenaan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan pada 3 Feb ini.
Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

Rosmah berkata jika mahkamah berpendapat bahawa Idrus telah bertindak secara teratur selaras dengan kuasa statutorinya, maka Sri Ram masih bukan individu yang 'layak dan sesuai' untuk menjalankan pendakwaan kes itu. - Gambar fail
![AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967700/thumbnails/19650021631652960152944_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan: AWANI Borneo 19 Mei 2022 : - Sabah, Sarawak rekod peningkatan kes HFMD. - DUN Sarawak sebulat suara luluskan RUU Hutan 2022. - Sazzlan dan Taqiyuddin dedah rahsia tuai emas di Hanoi.

Dakwaan Konsulat Indonesia berhubung kapal dagang Malaysia-Indonesia dikawal oleh dasar kabotaj mengelirukan
Kenyataan kaunselor hal ehwal ekonomi bagi konsulat Indonesia di Sabah, Muhammad Muhsinin Dolisada, berhubung penggunaan kapal dagang kayu dan kecil di perairan Malaysia dan Indonesia dengan mengaitka

Sukan SEA 2021 | Sazzlan tidak pernah ponteng latihan
Latihan yang konsisten selain tidak ponteng jadual merupakan tip kejayaan Sazzlan Yuga bersama pasangannya Mohd Taqiyuddin Hamid untuk membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam. Menerusi acara akhir Silat Ganda Putra (Seni) pada 11 Mei lalu, Sazzlan dan Taqiyuddin mengutip 9.950 mata mengatasi pencabar dari Singapura. Bagi Sazzlan yang merupakan anak jati Tawau, Sabah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang untuk beliau teruskan latihan.

Peranan Media | Bantu pelaksanaan polisi agenda pembangunan
Pembentukan dan pelaksanaan polisi serta agenda pembangunan rakyat di Sarawak turut bergantung kepada integriti pengamal media dalam melaporkan isu di peringkat akar umbi. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menafikan hak media dalam mengangkat isu rakyat sebagai penanda aras pengurusan yang baik daripada pihak pentadbir.

DUN Sarawak | Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63
Sarawak akan terus mengkaji keperluan membuat pindaan kepada Perlembagaan negeri dan Ordinannya bagi menjamin kepentingan negeri itu. Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyifatkan usaha itu bergerak kondusif di antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

DUN Sarawak | Dasar hutan perlu pelaksanaan berintegriti
Blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak turut memberi sokongan kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan 2022 dengan wawasan untuk memperkasa pemuliharaan dan pemeliharaan hutan negeri itu. Bagaimanapun, ADUN Padungan, Chong Chieng Jen dan ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh antara yang membahaskan RUU tersebut menuntut pelaksanaan dasar tersebut dibuat secara berintegriti.

DUN Sarawak | Sarawak di landasan tepat kuasai teknologi hijau
Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan 2022 berkata penguatkuasaannya akan merealisasikan agenda Sarawak untuk meningkatkan stok karbon dan penghasilan ekonomi hijau di peringkat global. Jelasnya, jumlah stok karbon sedia ada yang dikenal pasti, diukur, dan diiktiraf meletakkan Sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

DUN Sarawak | Pindaan RUU Hutan dilulus sebulat suara
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan pindaan Rang Undang Undang (RUU) Hutan 2022 untuk merangkumkan stok karbon dan gas rumah hijau sebagai hasil hutan negeri itu. Perkara itu diumumkan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar selepas menyaksikan sokongan sebulat suara anggotanya.

Nasional | PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan kerja dua hari ke Sabah. Ismail Sabri tiba dengan pesawat khas kira-kira jam 3.40 petang di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis. Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan serta beberapa pemimpin kerajaan negeri lain.

KKM kaji cadangan tidak pamer jenama produk rokok - Khairy
KKM sedang mengkaji cadangan untuk tidak mempamerkan pembungkusan jenama produk rokok, selari dengan penggubalan Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok.

Pendengaran permohonan rayuan Deepak ditetapkan pada 27 Mei
Dalam saman itu mereka mendakwa defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang, dan menuntut ganti rugi am.

Rosmah bebas atau bersalah diketahui 7 Julai
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ahli perniagaan gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga lagi
Mahkamah Rayuan menolak rayuan J.R. Deepak Jaikishan untuk menghidupkan semula saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.

Projek solar: Mahkamah benar pendakwaan fail hujahan tambahan dalam kes Rosmah
Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tun Mahathir dakwa akan disiasat
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyatakan sebab siasatan tersebut.

Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi
Pihak pembelaan memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

1MDB: Rosmah nafi terima kalung berlian merah jambu RM97.2 juta
Tindakan mengemukakan invois pada berbicaraan tersebut tidak boleh dianggap sebagai bukti bahawa Rosmah terlibat dalam pembelian kalung berlian merah jambu itu.

1MDB: Rosmah didakwa beli kalung berlian bernilai RM97.2 juta
Juri dalam perbicaraan kes bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng akhirnya melihat bukti kukuh tentang barang kemas yang dibeli dengan wang dicuri daripada skandal 1MDB.

Pembelaan Rosmah dalam kes rasuah hanya penafian semata-mata, kata pendakwaan
Pihak pendakwaan berkata mereka telah membuktikan kes terhadap ketiga-tiga pertuduhan melampaui keraguan munasabah terhadap Rosmah.