awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berikutan percanggahan Trump-Fed lemahkan dolar AS
X perlu perbaiki Grok AI atau berdepan penguatkuasaan DSA - EU
Ahli politik veteran UK Galloway puji sokongan Malaysia terhadap Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Shahrol Azral beri keterangan kali kedua di hadapan PAC

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/11/2015
06:36 MYT
1MDB: Shahrol Azral beri keterangan kali kedua di hadapan PAC
Shahrol Azral tiba pukul 10 pagi di bangunan Parlimen selesai memberikan keterangan pukul 12.50 tengah hari. - Gambar fail
Bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi selesai memberi keterangan kali kedua kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini.
Shahrol yang tiba pukul 10 pagi di bangunan Parlimen selesai memberikan keterangan pukul 12.50 tengah hari di hadapan jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Hasan Arifin.
Beliau yang meninggalkan Parlimen dalam keadaan tergesa-gesa enggan mengulas panjang berkenaan pertemuan hari ini.
"Kami gembira dapat memberi jawapan dan kami rasakan kami telah memberi jawapan yang cukup panjang. Kami sedia untuk meneruskan kerjasama (dengan PAC)," katanya.
Beliau pada masa sama enggan memperincikan soalan yang ditanya anggota PAC kepada beliau.
"Saya tidak berada di posisi yang membolehkan saya menjawab. Maaf saya tidak boleh jawab lagi," katanya.
Pada 25 Nov lepas, PAC memanggil Shahrol Azral pada pendengaran kali pertama untuk memberi keterangan berkaitan pembentukan 1MDB, yang dilapor berlaku dalam 2009 ketika di bawah pengurusan beliau.
Bagaimanapun, PAC memutuskan untuk memanggil semula Shahrol Azral bagi pendengaran kali kedua berikutan ada beberapa maklumat yang harus dimaklumkan semula sebelum PAC mendengar keterangan daripada Presiden dan CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy esok.
Hasan dalam kenyataannya sebelum ini turut menjelaskan ia dilakukan agar PAC dapat membentangkan satu laporan jawatankuasa dengan lebih telus, menyeluruh serta adil.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Arul Kanda
#Hasan Arifin
#PAC
#Shahrol Azral
#siasatan 1mdb
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan