awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Siasatan Tawfiq Aiman dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara

Bernama
Bernama
12/04/2022
10:39 MYT
1MDB: Siasatan Tawfiq Aiman dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara
Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata proses MLA diperlukan, agar dokumen dan keterangan yang diperoleh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura, boleh diterima di mahkamah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara Datuk Dr Tawfiq Ayman yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya, termasuk dari sudut Bantuan Perundangan Bersama (MLA).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata proses MLA diperlukan, agar dokumen dan keterangan yang diperoleh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura, boleh diterima di mahkamah.
Beliau berkata pasukan penyiasat PDRM mengadakan perbincangan dengan CAD Singapura pada 29 hingga 31 Mac lepas, dan pihak CAD Singapura telah memberikan kerjasama baik.
"Kami juga mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 16 Mac lepas, PDRM dalam kenyataannya memberitahu pasukan penyiasat akan ke Singapura, bagi mengumpul maklumat atau keterangan berhubung Tawfiq.
Tawfiq disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, selepas didakwa menerima dana yang dikaitkan dengan 1MBD dalam akaun miliknya di Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Tawfiq Aiman
#siasatan
#Pejabat Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan