Sejumlah 2,425 buah rumah di 10 daerah kecil di Jakarta dinaiki air sehingga 250 sentimeter (2.5 meter) berikutan melimpahnya air sungai Ciliwung dan Sungai Pesanggrahan.
Kejadian yang diakibatkan oleh hujan lebat di ibu negara petang Ahad serta hujan di wilayah Bogor itu telah menyebabkan 7,307 penduduk menjadi mangsa banjir, kata Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) pada Isnin.
Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir tidak dinyatakan.
Menurut BNPB, kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Kampung Melayu di daerah kecil Jatinegara, Jakarta Timur.
Kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah Cawang, di daerah kecil Kramatjati; Cibubur di daerah kecil Cirakas; Bidara Cina, Cililitan, Pekayon, Ulujami, Pondok Pinang, Bukit Duri, Pondok Labu, Sukabumi Selatan, Duri Kepa dan Jelambar Baru.
BNPB dan Badan Pengurusan Bencana Negeri Jakarta telah membuka pusat penyelarasan penanganan darurat dan dapur umum dan telah mengagih-agih bantuan makanan, bahan makanan, peralatan dapur, khemah, selimut dan air minuman bersih kepada mangsa-mangsa.
Pelbagai agensi kerajaan seperti kementerian kerja raya, Persatuan Palang Merah Indonesia, tentera, polis, pertubuhan sukarela serta anggota masyarakat turut memberi bantuan dalam kejadian banjir itu.
Bernama
Tue Dec 25 2012
Stres tempat kerja wujud, perlu kemahiran tanganinya
Stres di tempat kerja sememangnya wujud, tetapi perlukan kemahiran untuk menanganinya.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Boleh guna kad debit & kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam rel kini boleh menggunakan kad debit atau kredit di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), bermula Selasa.
Sistem pendidikan ketinggalan, MASA gesa kerajaan tidak bersikap pasif
Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan segera dan tidak hanya bersikap pasif terhadap laporan Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills” yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan tahap awal di Malaysia.
Gaji penjawat awam akan dinaikkan dengan kadar lebih 13 peratus
Kenaikan gaji Penjawat Awam akan meningkat lebih 13 peratus yang akan melibatkan peruntukan lebih RM10 billion.
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Kepentingan pekerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan
Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Labour Ordinance Cap 67) dan Sarawak (Ordinan Buruh Sarawak - Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
Pendapatan penjawat awam lebih RM2,000 sebulan di bawah SSPA baharu
Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu tidak terpakai untuk semua
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu melihat aspek menyeluruh dan tidak terpakai untuk semua.
"Kalau rekod kerja tidak membanggakan, malas, sering lambat, tidak memberi tumpuan yang baik, mereka akan dipantau dan tidak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
"Kalau rekod kerja tidak membanggakan, malas, sering lambat, tidak memberi tumpuan yang baik, mereka akan dipantau dan tidak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
Pemimpin kerajaan perlu akur dengan SSPA
Mana-mana pemimpin yang memegang tampuk kepimpinan negara, perlu akur bahawa penjawat awam perlu diberikan sokongan dengan menambahbaik sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA).
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan warga pekerja
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan penghargaan kepada semua warga pekerja negara sempena sambutan Hari Pekerja hari ini.
Kerajaan lancar Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan yang julung buat Malaysia.
2,425 rumah dinaiki air dalam banjir di Jakarta
Sejumlah 2,425 buah rumah di 10 daerah kecil di Jakarta dinaiki air sehingga 250 sentimeter (2.5 meter) berikutan melimpahnya air sungai Ciliwung dan Sungai Pesanggrahan