awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan bersenjata di Gua Musang

Bernama
Bernama
03/09/2023
04:10 MYT
2 lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan bersenjata di Gua Musang
Kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan kira-kira 4.30 petang Jumaat lepas. - Gambar hiasan
GUA MUSANG: Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama, di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan kira-kira 4.30 petang hari sama.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi, mangsa merupakan pekerja di kedai runcit berkenaan diserang sekumpulan lelaki ekoran berlaku perselisihan faham selepas memarahi suspek yang mencuri satu karton air minuman berkarbonat dari premis berkenaan.
"Akibat tidak berpuas hati kerana dimarahi mangsa, seramai enam rakan suspek datang menyerang mangsa di kedai tersebut dengan menggunakan parang, batang besi dan kayu panjang sehingga menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.
"Selain itu, suspek juga telah merosakkan barangan kedai runcit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sik berkata polis turut merampas senjata yang disyaki digunakan semasa kejadian termasuk sebilah golok, buku lima dan sebatang cota kayu.
Beliau berkata hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif terhadap dadah jenis benzo dan methamphetamine.
Katanya mereka disiasat lanjut mengikut Seksyen 379 dan 148 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan merusuh serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#rusuhan bersenjata
#curi air
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan