awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, 10 cedera dalam kemalangan 7 kenderaan di Yong Peng

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2016
02:04 MYT
2 maut, 10 cedera dalam kemalangan 7 kenderaan di Yong Peng
Kemalangan turut membabitkan sebuah lori lain, treler, Perodua Viva serta kereta BMW. -Gambar fail
Dua wanita maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di kilometer 116 di Yong Peng, Johor.
Mangsa dikenali sebagai Che Pon Ahmad berusia 75 tahun dan Sabahriah Mahad, 53, dari Melaka.
Pegawai operasi Bomba dan Penyelamat Balai Yong Peng, M. Arif Yatim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.42 malam pada Sabtu.
Insiden melibatkan dua lokasi kemalangan membabitkan tujuh kenderaan iaitu tiga buah lori dan empat kereta.
Katanya, kemalangan pertama melibatkan sebuah kereta Suzuki Swift dan Perodua Axia yang menyebabkan enam cedera.
Manakala kemalangan kedua berlaku kira-kira 200 meter dari lokasi kemalangan pertama mengakibatkan dua mangsa maut dan empat cedera.
Kemalangan kedua membabitkan dua buah kereta iaitu BMW dan Proton Wira, serta dua buah lori dan sebuah treler.
Sepuluh mangsa yang cedera dalam kedua-dua nahas dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#kemalangan enam kenderaan
#Lebuh Raya Utara Selatan
#Yong Peng-Pagoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan