awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, 2 cedera kereta rempuh lori diparkir tepi jalan

Adam Darwish
Adam Darwish
18/01/2023
09:45 MYT
2 maut, 2 cedera kereta rempuh lori diparkir tepi jalan
Siasatan awal mendapati kereta itu telah melanggar belakang lori jenis Isuzu yang berhenti di bahu jalan. - Gambar/ PDRM
GUA MUSANG: Dua maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Lepan Tapai, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kesemua mangsa yang terlibat adalah etnik Rohingya dan mempunyai pertalian keluarga.
Menurutnya mangsa yang maut adalah lelaki berusia 47 tahun dan perempuan berusia 20-an, manakala yang tercedera adalah pemandu iaitu lelaki berusia 19 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan yang belum dapat dipastikan umurnya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta itu telah melanggar belakang lori jenis Isuzu yang berhenti di bahu jalan.
"Kereta tersebut yang gagal mengelak telah merempuh bahagian belakang sebelah kanan lori yang diparkir di sebelah kiri jalan.
"Akibat rempuhan kuat itu, kereta itu telah berpusing di atas jalan dan remuk teruk bahagian sebelah kiri menyebabkan kedua-dua mangsa di dalamnya meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat manakala dua lagi mangsa cedera turut dirawat di hospital yang sama.
Sik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.
Beliau turut menasihatkan orang ramai terutamanya pemandu kenderaan berat agar tidak sewenang-wenang meletakkan kenderaan di bahu jalan tanpa tanda amaran atau kedudukan yang mungkin menyebabkan bahaya atau halangan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Gua Musang
#Lori
#parkir tepi jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan