awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 pegawai penguat kuasa ditahan daftar semula kereta 'scrap'

Adam Darwish
Adam Darwish
13/04/2023
06:59 MYT
2 pegawai penguat kuasa ditahan daftar semula kereta 'scrap'
Difahamkan, kenderaan terbabit yang telah dilucut hak sepatutnya dijual sebagai kenderaan 'scrap' dan tidak boleh didaftar semula untuk kegunaan di atas jalan secara sah. - Gambar hiasan/ Bernama
KOTA BHARU: Dua pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mendaftar semula kenderaan yang telah dilucut hak.
Difahamkan, kenderaan terbabit yang telah dilucut hak sepatutnya dijual sebagai kenderaan 'scrap' dan tidak boleh didaftar semula untuk kegunaan di atas jalan secara sah.
Menurut sumber, kedua-dua pegawai penguat kuasa tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya oleh pegawai SPRM Kelantan selepas dipanggil untuk diambil keterangan.
Katanya kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi dan pihak SPRM kini dalam proses untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
"Siasatan awal mendapati kenderaan yang terlibat dalam urus niaga tersebut adalah yang dirampas dalam tangkapan kes dadah.
"Kita juga telah mengambil keterangan beberapa lagi individu berkaitan kes ini dan kita tidak menolak akan ada beberapa lagi tangkapan dalam kes ini," katanya.
Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Hussin ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua pegawai penguat kuasa tersebut.
Katanya jumlah rasuah dan nilai kenderaan yang terlibat masih belum diperolehi dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#kereta scrap
#penguat kuasa ditahan
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan