awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 sahabat terlepas hukuman gantung sampai mati

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/03/2021
13:57 MYT
2 sahabat terlepas hukuman gantung sampai mati
Pihak pendakwaan gagal membuktikan mereka terbabit menyebabkan kematian Thomas Ooi Choon Chai, 37. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Dua sahabat terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini, melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki empat tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu terhadap Mohd Zahairuddin Zakaria, 40, dan Rizam Mohammad,39, tanpa memanggil mereka membela diri.
Ia selepas pendakwaan gagal membuktikan mereka terbabit menyebabkan kematian Thomas Ooi Choon Chai, 37.
Ghazali dalam penghakimannya berkata, seramai 12 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kematian Thomas di Taman Perumahan Awam Mergong, Alor Setar pada 27 Oktober 2017.
"Namun keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi gagal membantu pihak pendakwaan untuk mengaitkan tertuduh dengan kematian mangsa," katanya.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa telah mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Thomas di Taman Perumahan Awam Mergong, di sini, antara jam 8.30 pagi hingga 11.53 pagi pada 27 Oktober 2017.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Abdul Rahman, manakala Zahairuddin dan Rizam diwakili peguam Datuk Naran Singh.
Topic Berkaitan
#dua sahabat
#terlepas hukuman gantung
#membunuh
#Mahkamah Tinggi
#Alor Setar
#gantung mandatori
#seksyen 302 kerana membunuh
#pendakwaan
#gagal membuktikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan