awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 individu ditahan sertai pesta liar dan dadah di kondominium

Bernama
Bernama
06/12/2020
11:26 MYT
20 individu ditahan sertai pesta liar dan dadah di kondominium
Semakan polis mendapati kedua-dua unit kondominium disewa pada kadar RM225 dan RM500 sehari dan jemputan untuk menghadiri parti itu dibuat menerusi kenalan serta laman sosial.
KUALA LUMPUR:Polis menahan 20 individu dalam serbuan di dua unit kondominium ketika mereka disyaki sedang leka berpesta liar termasuk menghisap dadah di Jalan Sultan Ismail dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam serbuan pertama pada kira-kira 1 pagi di sebuah unit kondominium, polis menahan enam individu terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 21 hingga 27 tahun.
Beliau berkata pemeriksaan di dalam premis membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah iaitu 2.05 gram ganja, dua pil erimin 5, satu gram ketamin dan sebiji pil ecstasy serta botol plastik disyaki alat untuk menghisap ganja.
“Hasil saringan mendapati empat lelaki posititf dadah jenis metamfetamin serta ketamin dan kesemua mereka ditahan reman dua hari untuk siasatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Zainal berkata dalam serbuan kedua di lokasi sama pada kira-kira 2 pagi, 14 lelaki berusia lingkugan 20 hingga 27 tahun ditahan dan pelbagai jenis dadah turut ditemukan.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati 13 suspek positif dadah jenis metamphetamin, tetrahidrokanabinol, amfetamin serta ketamin dan kesemua mereka ditahan reman sehari untuk siasatan lanjut.
Katanya semakan mendapati kedua-dua unit kondominium disewa pada kadar RM225 dan RM500 sehari dan jemputan untuk menghadiri parti itu dibuat menerusi kenalan serta laman sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Dadah
#suspek
#siasatan
#laman sosial
#pesta liar
#Jalan Sultan Ismail
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan