awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 individu ditahan terbabit aktiviti pelacuran di daerah Sentul

Bernama
Bernama
01/01/2021
04:36 MYT
20 individu ditahan terbabit aktiviti pelacuran di daerah Sentul
ACP Beh Eng Lai berkata serbuan dilakukan bermula 2.03 pagi di beberapa premis yang disyaki menjadi sarang pelacuran. - Bernama
KUALA LUMPUR:Polis menahan 20 individu termasuk 15 wanita warga asing berumur antara 20 dan 40 tahun dipercayai terbabit dengan kegiatan pelacuran dalam beberapa serbuan Op Noda di daerah Sentul, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata serbuan dilakukan bermula 2.03 pagi di beberapa premis yang disyaki menjadi sarang pelacuran.
"Empat lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai penjaga premis dan penganjur aktiviti tidak bermoral ini adalah antara individu ditahan dalam operasi ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Eng Lai berkata siasatan awal di premis berkenaan mendapati kegiatan itu berselindung di sebalik perniagaan pusat refleksologi dan wang tunai berjumlah RM2,500 turut dirampas.
Menurutnya kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#PDRM
#pelacuran
#Sentul
#op noda
#Beh Eng Lai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan