awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 lembu mati bergelimpangan dalam kebun kelapa sawit

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/08/2020
02:54 MYT
20 lembu mati bergelimpangan dalam kebun kelapa sawit
Jabatan Veterinar akan turut menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian 20 ekor lembu tersebut. - Foto PDRM
Polis menjalankan siasatan berhubung kematian 20 ekor lembu di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Tareh, Lambor Kanan, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu daripada seorang penternak yang mendapat maklumat daripada seorang kawan, kira-kira jam 10 pagi.
Penternak itu yang tinggal di Kampung Talang, Lambor Kanan, kemudiannya ke lokasi kejadian pada jam 2 petang dan mendapati sebanyak 20 lembu telah mati bergelimpangan di ladang tersebut.
Kesemuanya dalam keadaan mulut berbuih dan keluar darah melalui hidung.
“Pemeriksaan yang pengadu jalankan mendapati, 19 lembu adalah kepunyaannya manakala seekor lagi belum dapat dipastikan tuan punya.
“Tempat kejadian adalah ladang hak milik persendirian seluas empat ekar yang baharu ditanam dengan anak pokok kelapa sawit pada April 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Foto PDRM
Foto PDRM
Barudin berkata, pihaknya telah mengambil gambar di lokasi kejadian dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak Jabatan Veterinar.
Jabatan tersebut akan turut menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian lembu-lembu tersebut.
Menurutnya, pengadu menternak sebanyak 200 ekor lembu secara lepas bebas dan kerugian dianggarkan RM55,000.
“Siasatan lanjut bersama Jabatan Veterinar masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian sama ada disebabkan perbuatan khianat, penyakit atau sebab-sebab lain,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan seseekor haiwan.
Foto PDRM
Foto PDRM
Topic Berkaitan
#aduan
#Barudin Wariso
#bunuh
#cacat
#haiwan
#hak milik persendirian
#Jabatan Veterinar
#kelapa sawit
#kerugian
#khianat
#ladang
#Lambor Kanan
#lembu
#mati
#parit
#penternak
#penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan