awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 pelajar tahfiz cemas, asrama terbakar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
31/07/2023
01:00 MYT
20 pelajar tahfiz cemas, asrama terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah asrama berkeluasan 20 x 70 kaki persegi jenis bangunan struktur terbuka kelas A dan melibatkan kemusnahan 70 peratus daripada keluasan keseluruhan. - Foto JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Seramai 20 pelajar lelaki sebuah tahfiz mengalami detik cemas apabila asrama yang dihuni mereka mengalami kebakaran di Kampung Medan, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.13 tengah malam Isnin.
Seramai 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, BBP Banting dan BBP Andalas digerakkan ke lokasi kejadian bersama aset pemadaman.
"Kebakaran melibatkan sebuah asrama berkeluasan 20 x 70 kaki persegi jenis bangunan struktur terbuka kelas A dan melibatkan kemusnahan 70 peratus daripada keluasan keseluruhan.
"Semasa kejadian, terdapat 20 penghuni pelajar lelaki yang berumur antara 13 hingga 17 tahun telah bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Wan Md. Razali berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 12.35 tengah malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 1 pagi.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#tahfiz terbakar
#20 pelajar tahfiz cemas
#Telok Panglima Garang
#bomba Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan