awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 PRPA ditempatkan seluruh negara - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
30/07/2023
12:54 MYT
20 PRPA ditempatkan seluruh negara - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata pihak SJAM turut menyasarkan untuk menempatkan 111 unit AED, di seluruh negara. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Sebanyak 20 lokasi Pusat Operasi Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA) Titik Panas (Hotspot), yang dikendalikan oleh St. John Ambulans Malaysia (SJAM) telah ditempatkan di seluruh negara.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perkhidmatan itu, diperkenalkan bagi membantu mengurangkan masa tindak balas perkhidmatan ambulans, ketika kecemasan.
"Bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan masa tindak balas dicapai, pihak SJAM sedang berusaha untuk memperoleh kenderaan ambulans, peranti dan peralatan perubatan baharu.
"Purata masa respons dengan pelaksanaan PRPA titik panas ini ialah selama 15 minit, sekitar radius 10 hingga 15 kilometer. Oleh itu, kita harap usaha ini akan diteruskan secara berperingkat di lokasi-lokasi yang lain pula," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PRPA Titik Panas (Hotspot) Kota Bharu, Sempena Hari Terbuka dan Program Komuniti Masyarakat di Masjid Al-Fattah dekat Kampung Nilam, di sini pada Ahad.
Dr Zaliha berkata pihak SJAM turut menyasarkan untuk menempatkan 111 unit Peranti Defibrilator Luaran Automatik (AED), di seluruh negara.
"Setakat ini, sebanyak 73 AED telah ditempatkan di lokasi seperti pusat beli-belah, stesen pengangkutan awam, sekolah, tempat beribadat, pejabat kerajaan dan sebagainya di Lembah Klang.
"Hari ini buat pertama kalinya kita berikan tiga unit AED ditempatkan di luar daripada kawasan Lembah Klang, iaitu di negeri Kelantan, di Masjid Al-Fattah, Pasar Siti Khadijah dan Kompleks Belia dan Sukan Panji," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AED
#SJAM
#PRPA
#perkhidmatan ambulans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan