awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 rumah di Kampung Laut Skudai dilanda banjir kilat

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2022
13:13 MYT
20 rumah di Kampung Laut Skudai dilanda banjir kilat
Bilangan mangsa banjir di tiga daerah di Johor kini berjumlah 327 orang daripada 82 keluarga yang dipindahkan ke enam PPS setakat jam 8 malam Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Kira-kira 20 rumah di Kampung Laut Skudai di sini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat pada petang Rabu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu, air naik sehingga 1.5 meter namun setakat ini tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Seramai empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memantau di kawasan kampung berkenaan.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan keadaan terkawal dengan keadaan cuaca mendung," menurut kenyataan berkenaan pada Rabu.
Sementara itu, JPBD memaklumkan, bilangan mangsa banjir di tiga daerah di Johor kini berjumlah 327 orang daripada 82 keluarga yang dipindahkan ke enam PPS setakat jam 8 malam Rabu.
Jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sedikit berbanding 330 orang daripada 82 keluarga pada jam 4 petang.
Jawatankuasa berkenaan menjelaskan, di Kluang seramai 32 orang daripada enam keluarga dari Kampung Ithnin Maarof dan Kampung Sungai Linau ditempatkan di Dewan Utama Kampung Ithnin Maarof.
Sementara di Tangkak, bilangan mangsa masih berjumlah 242 orang daripada 59 keluarga sejak Isnin dan mereka dari Kampung Simpang 5 Darat; Kampung Parit Bunga Raya Hujung; Kampung Parit Bunga Raya dan Kampung Parit Pulai.
Kata JPBD, mereka dipindahkan ke dua PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama (SA) Simpang 5 Darat.
Begitu juga mangsa banjir di Segamat, kekal 39 orang melibatkan 12 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak.
"Seramai 14 orang lagi melibatkan lima keluarga juga dari Kampung Seberang Batu Badak ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Tasek," kata JPBD. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir johor
#info banjir terkini
#Kampung Laut Skudai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan