awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS

Sinar Harian
Sinar Harian
17/04/2024
04:40 MYT
200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS
Anggota JBPM melakukan operasi menyelamat mangsa banjir di sekitar Kuala Selangor bagi dibawa ke PPS yang disediakan.
KUALA SELANGOR: Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
"Selain itu, satu pos kawalan hadapan (PKH) telah digerakkan di SK Merbau Sempak," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mukhlis berkata, seramai 77 buah keluarga melibatkan 334 mangsa banjir telah ditempatkan di PPS SK Merbau Sempak, termasuk 120 orang kanak-kanak.
Menurut beliau lagi, sebanyak 11 keluarga dan 38 orang mangsa banjir diletakkan di PPS Dewan MPKS termasuk 13 orang kanak-kanak.
Katanya, empat buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Bukit Jelutong, Rawang, Sungai Buloh serta Bestari Jaya terlibat dalam operasi banjir kali ini.
Tambahnya, sebanyak empat buah kenderaan utiliti, jentera (4) dan bot (3) digerakkan bagi menyempurnakan misi menyelamat di Zon Kuala Selangor. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#Kuala Selangor
#PPS
#SK Merbau Sempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan