Skip to main content

Malaysia

20,000 rakyat Malaysia daftar sertai misi Global Sumud Flotilla

61762206432_GlobalSumudFlotill.jpg
KUALA LUMPUR: Sambutan rakyat Malaysia terhadap inisiatif kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) meningkat mendadak kepada 20,000 pendaftaran selepas misi terbaharu pasukan itu berakhir.


Ringkasan AI
  • Lebih 20,000 rakyat Malaysia mendaftar menyertai misi Global Sumud Flotilla selepas misi terbaru pasukan itu berakhir, meningkat drastik daripada hanya 600 pendaftaran sebelumnya.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri mengesahkan peningkatan jumlah pendaftaran tersebut melalui laman web selepas misi GSF dilaksanakan.
  • Sebelum ini, pada 2 Oktober, rejim Israel menahan kesemua 42 kapal misi GSF ke Gaza dan menangkap 495 aktivis termasuk 23 dari Malaysia; mereka dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Oktober.


Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berkata, angka tersebut meningkat berbanding hanya 600 pendaftaran rakyat Malaysia sebelum misi GSF dijalankan.

โ€œEnam ratus orang Malaysia daftar untuk ikut GSF melalui laman webnya sebelum misi.

โ€œNamun selepas misi tamat, 20,000 lagi telah mendaftar. Break the silence Malaysia: accomplished,โ€ katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.


Terdahulu, pada 2 Oktober lalu, rejim Israel telah memintas kesemua 42 kapal misi kemanusiaan GSF ke Gaza dan menahan 495 aktivis termasuk 23 dari Malaysia yang kemudian dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Oktober. - Sinar Harian




Must Watch Video