awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2021 tahun pulihkan ekonomi negara melalui pelancongan domestik - Nancy

Bernama
Bernama
30/12/2020
22:30 MYT
2021 tahun pulihkan ekonomi negara melalui pelancongan domestik - Nancy
Nancy berkata 2020 merupakan tahun cabaran di mana hampir seluruh dunia terpaksa berada dalam keadaan 'lockdown' dan industri pelancongan secara keseluruhan terpaksa berhenti beroperasi. - Facebook Nancy Shukri
PUTRAJAYA:Tahun 2021 akan menjadi tahun untuk memulihkan ekonomi negara melalui pelancongan domestik, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau menyeru masyarakat untuk menerokai pelbagai destinasi pelancongan menarik yang ada di negara ini menerusi inisiatif 'Cuti-Cuti Malaysia'.
"Ayuh rakyat Malaysia, terokailah pelbagai destinasi pelancongan menarik dalam negara, rasailah juadah-juadah enak kita, kenalilah budaya orang kita, hayati warisan dan kesenian kita dan hargai kepelbagiaan serta keharmonian kita.
"Semua ada di Malaysia... tanah tumpah darah kita," katanya dalam video ucapan akhir tahun 2020 berdurasi dua minit 29 saat .
Mengimbas tahun 2020, Nancy berkata tahun ini merupakan tahun cabaran di mana hampir seluruh dunia terpaksa berada dalam keadaan 'lockdown' dan industri pelancongan secara keseluruhan terpaksa berhenti beroperasi.
Beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah merancang dan melaksanakan pelbagai pelan serta strategi bersesuaian untuk mendepani cabaran semasa ini.
"Saya yakin semua inisiatif dapat meransang dan menyuntik perbelanjaan domestik secara konsisten," katanya menambah, pelan Pemulihan Pelancongan Seni dan Budaya juga dapat membantu usahawan kraf menjana pendapatan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#video
#ekonomi
#pelancongan
#rakyat
#Malaysia
#lockdown
#COVID-19
#Cuti-Cuti Malaysia
#pemulihan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan