KUALA LUMPUR:Sebanyak 204 entiti perniagaan pelancongan dan perhotelan telah menamatkan perniagaan sejak Mac tahun ini berikutan impak penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), jumlah itu merangkumi 109 entiti berkaitan perhotelan, resort, motel, inap desa dan chalet, manakala 95 syarikat berkaitan agensi pelancongan dan pengendali aktiviti pelancongan.
"Bagi sektor berkaitan perhotelan, 32 daripada 109 adalah penggulungan oleh mahkamah dan penggulungan secara sukarela, manakala 38 daripada 95 agensi pelancongan juga tamat perkhidmatan dengan penggulungan oleh mahkamah dan penggulungan secara sukarela," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang ingin tahu jumlah hotel dan syarikat pelancongan yang gulung tikar sejak permulaan PKP hingga 31 Oktober, serta inisiatif kementerian kepada syarikat untuk menampung kos operasi sehingga pintu-pintu ekonomi kembali dibuka.
Nancy berkata, kementerian akan meneliti perkara itu selain mengadakan perbincangan dengan agensi kerajaan yang lain serta persatuan berkaitan bagi mengenal pasti isu dan mencari penyelesaiannya.
Bagaimanapun, beliau berkata, sebanyak 135 syarikat dan pengusaha pelancongan yang memohon lesen baharu telah diluluskan bagi tempoh sama.
Sementara itu, Nancy berkata, kementerian bercadang memohon peruntukan pembangunan kira-kira RM50 juta untuk Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah sebagai pelan pusingan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, untuk tahun 2021.
"Pada akhir September lepas, kementerian telah melawat ke tapak arkeologi ini bersama pegawai EPU (Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) dan menerangkan perancangan jangka panjang serta peruntukan pembangunan yang diperlukan," katanya menjawab soalan tambahan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) yang meminta penjelasan berhubung peruntukan bagi tapak arkeologi itu yang ditarik balik sebelum ini. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 23 2020
Jumlah itu merangkumi 109 entiti berkaitan perhotelan, resort, motel, inap desa dan chalet, manakala 95 syarikat berkaitan agensi pelancongan dan pengendali aktiviti pelancongan, kata Nancy.
Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak menyimpang daripada Islam
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
Fenomena 'Kahar: Kapla High Council' diteruskan di Astro First, masuk pasaran antarabangsa
Fenomena Kahar: Kapla High Council Diteruskan Di Astro First, Masuk Pasaran Antarabangsa
Mahkamah tolak permohonan CEO GISB, isteri cabar penahanan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus difailkan CEO GISB dan isteri yang ditahan mengikut SOSMA.
53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Serangan itu menyasarkan orang ramai yang berkumpul di banyak tempat di utara Gaza serta sebuah sekolah tempat pelarian berlindung.
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
AWANI Ringkas: SARA guna MyKad diperluas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi
Kemalangan: 23 cedera bas langgar belakang lori kontena
Sebanyak 23 penumpang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Nibong Tebal awal pagi tadi.
[TERKINI] Guru didakwa cabul murid darjah enam dalam rumah hantu
Seorang guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan tahun enam dalam rumah hantu karnival sekolah.
Pengurus akaun badan berkanun di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun yang direman bagi siasatan kes menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 dilepaskan dengan jaminan SPRM.
204 syarikat, pengusaha pelancongan gulung tikar sejak Mac
Sebanyak 204 entiti perniagaan pelancongan dan perhotelan telah menamatkan perniagaan sejak Mac tahun ini berikutan impak penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.