Pihak polis telah menahan 17 lelaki dan 4 wanita yang dipercayai terbabit dalam satu insiden pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Telawi, Bangsar awal pagi tadi.
Pihak polis dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di hadapan sebuah restoran makanan India pada jam 3.10 pagi.
Pergaduhan itu melibat lebih daripada 30 orang lelaki.
“Sebuah kenderaan jenis Perodua Axia dalam keadaan pecah cermin belakang telah mengundur dengan laju dan hampir melanggar Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Pantai 57 dan kemudian telah memecut dengan laju menghala ke Jalan Ara, Bangsar.
"Pada masa yang sama, pihak polis yang ketika itu sedang melakukan rondaan di kawasan sekitar dari arah Jalan Ara menghala ke Jalan Telawi telah berselisih dengan kereta jenis Perodua Axia tersebut.
Anggota polis yang berada di luar kenderaan MPV turut hampir dilanggar.
“Akibat merasakan keadaan ketakutan dan ancaman, satu das tembakan telah dilepaskan ke arah kenderaan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.
Susulan itu, selain kenderaan Perodua Axia, polis juga menahan beberapa kenderaan jenis lain iaitu Perodua Myvi dan Toyota Vellfire yang disyaki terlibat dengan kes ini.
Beberapa barangan turut dirampas termasuk topi keledar, sebatang besi berukuran 1 meter, pisau pemotong kertas, T Batton, sebotol minuman keras, dan sehelai jacket yang mempunyai kesan darah.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 307 kanun yang sama atas kesalahan cubaan bunuh.
Syafique Shuib
Thu May 11 2017

Pasukan polis melakukan siasatan ke atas sebuah kereta jenis Perodua Axia yang ditinggalkan di hadapan sebuah bank di Jalan Telawi, Bangsar, pagi tadi. - Foto BERNAMA

Tegas tak bertempat - PPIM
Sebagai seorang Islam, mengapa Zuharnan tidak menggunakan pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun dan menasihatkan pegawai masjid itu melakukan apa yang sepatutnya.

Kluster COVID-19 Pendidikan | PDP di sekolah atau PDP di rumah?
Situasi jangkitan COVID-19 di sekolah ketika ini dilihat membimbangkan, dengan semakin banyak sekolah ditutup dan puluhan kluster pendidikan direkodkan. Menjadi kebimbangan buat ibu bapa ketika ini adakah sekolah itu tempat yang selamat buat anak-anak mereka. Bersama kami ketika ini ialah Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock untuk membincangkan apakah langkah seterusnya yang perlu diambil untuk mengelakkan situasi yang lebih buruk.

COVID-19 | Tidak patut guna dana KWAN bagi belanja vaksin
Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi Kebangsaan. Menurut Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid dipetik laporan Sinar Harian memaklumkan, dana berkenaan adalah untuk digunakan oleh generasi akan datang apabila sumber minyak dan gas negara berkurangan.

Ramadan 2021 | Raja Abdullah II bebaskan 16 tahanan
Jordan membebaskan 16 tahanan yang didakwa atas tuduhan konspirasi berkaitan dengan bekas Putera Mahkota. Kesemua tahanan dibebaskan dengan atas perintah Raja Abdullah Kedua sempena bulan suci, Ramadan.

Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri
Jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada Mei 2008.

PM mahu KPDNHEP, agensi berkaitan pantau kenaikan harga barang
Kerajaan perlu pastikan aktiviti tidak beretika yang membebankan pengguna dapat dibanteras dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

Pengganggur mengaku tidak bersalah pukul penghantar makanan dengan penukul besi
Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Aslam Hashim, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap pagi tadi.
![[TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas [TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901186/32574879411619151712646_640x360.jpg)
[TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati dan gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak, beliau menjangkakan isu tersebut menjadi lebih kritikal.

COVID-19: Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa - Pakar
CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama ke atas kebanyakan negara Eropah dan Canada.

13 pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran hospital
Saksi kejadian melaporkan terdengar bunyi letupan pada unit penyaman udara di unit rawatan rapi (ICU) sebelum kebakaran bermula.

Bazar Ramadan kembali meriahkan lapan stesen LRT mulai Selasa
Bazar Ramadan dalam norma baharu itu libatkan stesen LRT Putra Height, Glenmarie, Kelana Jaya, Pandan Indah, Cempaka, Damai, Gombak dan Bangsar.

39 individu ditahan terlibat perjudian dalam talian
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

Kes bunuh Bangsar: Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas
Pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya.

Lelaki terlibat pergaduhan Bangsar ditahan, suspek lain sedang diburu - Polis
Suspek berusia 26 tahun itu berjaya ditahan dalam serbuan di Jalan 11 Selayang Baru, Batu Caves, pada petang Sabtu.

Lelaki maut ditikam botol dalam pergaduhan di Bangsar
Polis sudah mengenalpasti sekurang kurangnya lima suspek lain terbabit dalam pergaduhan itu dan kesemua mereka sedang dijejaki.

Sebuah rumah teres di Bangsar hampir hangus dalam kebakaran
Kebakaran dapat dikawal pada jam 9:50 malam dan padam sepenuhnya pada jam 10:20 malam.

Penularan wabak COVID-19 di Bangsar? Ini yang perlu anda tahu
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah menjelaskan, siasatan akan dijalankan berhubung perkara itu.

Keluarga berterima kasih kepada wanita Jepun bantu selamatkan anak Mohd Ashraf
Kanak-kanak berkenaan ialah Muhammad Adam Mikhael, 6, Muhammad Anas Mikhael, 3, dan bayi berusia sebulan Muhammad Adel Mikhael.

Tiga lagi termasuk suspek tetak pesara Mardi di Bangsar diberkas
Salah seorang suspek dipercayai adalah individu yang bertindak menetak mangsa Dr Wan Hassan hingga maut.

Lelaki parah dibelasah selepas terlibat kemalangan
Mangsa berusia 33 tahun dicederakan menggunakan objek keras sehingga menyebabkan kepalanya berlumuran darah.