KUALA LUMPUR : Seramai 21 lagi warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja dan Laos berjaya diselamatkan dan dihantar pulang ke ibu negara pada Khamis.
Lapan mangsa dari Kemboja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 4.50 petang, enam mangsa dari negara sama dijangka jam 11.50 malam ini, dan tujuh lagi mangsa dari Laos sampai di KLIA pada 7.50 malam.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kesemua mereka telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk proses siasatan selanjutnya.
Ujarnya, sehingga 6 Oktober lalu, seramai 273 orang mangsa warganegara Malaysia telah berjaya diselamatkan.
"Daripada jumlah itu, 213 orang telah dihantar pulang. Baki 60 orang lagi masih ditahan di depoh tahanan imigresen sementara menunggu proses pengusiran." katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Justeru, Kementerian Luar Negeri melahirkan penghargaan kepada kerajaan Kemboja dan Laos atas kerjasama dan komitmen dalam membantu mengesan serta menyelamatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan.
Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand dengan kerjasama Kedutaan Besar negara-negara berkenaan di Kuala Lumpur akan terus komited dalam usaha menyelamatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.
Astro Awani
Thu Oct 06 2022
Sehingga 6 Oktober lalu, seramai 273 orang mangsa warganegara Malaysia telah berjaya diselamatkan. - Foto Wisma Putra
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Malaysia sambut baik gencatan senjata di Lubnan, gesa semua pihak patuhi syarat
Kementerian Luar memaklumkan bahawa Malaysia menggesa semua pihak menghormati dan mematuhi syarat gencatan senjata berkenaan.
Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031
Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) untuk tempoh enam tahun bagi penggal 2025-2031.
Amaran taufan: Rakyat Malaysia di Filipina dinasihatkan berwaspada
Malaysia sedang memantau rapi kesan Taufan Usagi atau dikenali Ofel yang telah melemah dengan ketara pada Jumaat selepas menyebabkan kerosakan di bandar utara Filipina.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
BRICS: Kementerian Luar pastikan kepentingan negara terjaga, terpelihara
BRICS mengamalkan dasar tidak mempengaruhi dan mencampuri hal-hal dalaman negara-negara anggotanya.
Rakyat Malaysia ke luar negara disaran lapor keberadaan kepada kedutaan - Mohamad
Rakyat Malaysia yang ke luar negara digalakkan memaklumkan lokasi keberadaan mereka kepada kedutaan di negara dikunjungi.
11 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja, diselamatkan dan dibawa pulang
Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, berjaya memudah cara kepulangan 11 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja.
Polis siasat kesahihan kad pengenalan, lesen memandu ditemukan di Ukraine - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan maklumat berhubung dakwaan penemuan kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia dipercayai milik rakyat negara ini di Ukraine.
Gaza: Kementerian Luar pantau perkembangan cadangan gencatan senjata Mesir
Kementerian Luar Malaysia mengambil maklum cadangan damai terkini yang diumumkan oleh Mesir, yang menyeru gencatan senjata selama dua hari di Gaza.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Kristine di Filipina setakat ini
Kementerian Luar memaklumkan bahawa taufan ini dijangka keluar dari kawasan tanggungjawab Filipina pada Jumaat, dan rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada.