awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan

Bernama
Bernama
10/03/2025
21:15 MYT
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Aaron pada Isnin mempengerusikan Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Negara bersama Exco-Exco Perpaduan Negeri dan Exco-Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) yang pertama bagi tahun ini. - Foto Aaron
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata pembangunan tapak perpaduan itu akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Perumahan Strata Kos Rendah.
"Antara cadangan projek adalah pembinaan dewan terbuka, pembinaan taman permainan kanak-kanak, pembinaan gazebo, sudut hijau, pusat kegiatan sukan, pusat kegiatan komuniti berpusat, perpustakaan komuniti dan pembinaan trek berjalan," katanya dalam hantaran di aplikasi X.
Terdahulu, beliau memaklumkan telah mempengerusikan Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Negara bersama Exco-Exco Perpaduan Negeri dan Exco-Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) yang pertama bagi tahun ini.
Aaron berkata antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan ialah berkaitan pelaksanaan pemutihan 584 tanah premis perpaduan, pengurusan isu-isu perpaduan di peringkat akar umbi serta pelaksanaan Sambutan Minggu Perpaduan 2025.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai Laporan Pencapaian Pelaksanaan Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif pada tahun lepas, yang menurutnya sebanyak 152 Rukun Tetangga dimodelkan sebagai penggerak komuniti progresif.
"Jumlah ini melebihi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 116 Rukun Tetangga. Pelaksanaan projek ekonomi oleh komuniti Rukun Tetangga antara lain bertujuan membantu menjana pendapatan komuniti dan membantu mengurangkan kos sara hidup komuniti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian perpaduan negara
#tapak perpaduan
#Aaron Ago Dagang
#Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan