awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
AFCON: Ivory Coast, Cameroon sia-siakan peluang mara awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/02/2024
03:16 MYT
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Mohd Nazri yang berpakaian jaket hitam menutup kepala dan memakai pelitup muka tiba di mahkamah dengan diiringi oleh pihak polis pada kira-kira pukul 9 pagi. - Foto Astro AWANI
IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menetapkan 21 Mac depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar berusia 17 tahun di Jalan Taman Jati, Meru, 15 Dis lalu,
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Majistret S Punitha membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon lebih masa untuk melengkapkan dokumen.
Terdahulu, Mohd Nazri Abdul Razak, 44 tahun, yang berpakaian jaket hitam menutup kepala dan memakai pelitup muka tiba di mahkamah dengan diiringi oleh pihak polis pada kira-kira pukul 9 pagi.
Pada 18 Dis lalu, Mohd Nazri dituduh di Mahkamah Majistret sama dan mahkamah kemudiannya menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan-laporan berkaitan seperti laporan kimia.
Mengikut pertuduhan, pegawai berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 tahun.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh, antara jam 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari, 15 Dis lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.
Selain Afzainizam, pihak pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Saiful Akmal Mod Said dan Timbalan Pendakwa Raya Geetha Jora Singh manakala tertuduh, diwakili peguam Jacky Loi Yap Loong dan Lim Chi Chau.
Turut hadir dua peguam pemerhati keluarga mangsa iaitu Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Datuk Zamri Idrus.
Kes mendapat perhatian ramai selepas ia tular di media sosial dan pihak polis telah mengambil langkah meningkatkan kawalan keselamatan.
Topic Berkaitan
#polis langgar pelajar
#mahkamah majistret ipoh
#bunuh
#pegawai kanan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan