MALAYSIA
215 GRO warga asing ditahan dalam Op Noda

Seramai 215 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Op Noda di seluruh negara pada Jumaat dan Sabtu lepas. - Foto ihsan polis
KUALA LUMPUR : Seramai 215 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Op Noda di seluruh negara pada Jumaat dan Sabtu lepas.
Ringkasan AI
- Seramai 215 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai GRO ditahan dalam Op Noda di seluruh negara.
- Polis memeriksa 87 premis hiburan, 66 daripadanya beroperasi tanpa lesen sah.
- Kes disiasat bawah beberapa akta imigresen dan hiburan, operasi akan terus dipergiat bagi membanteras kegiatan ini.
“Kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 38 tahun dibawa ke ibu pejabat polis daerah berkaitan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959 iaitu Seksyen 15(1)(C), Seksyen (6)(1)(C) dan Seksyen 55B; Seksyen 76 Akta Eksais 1976; Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Enakmen/Ordinan Hiburan Negeri.
“Operasi seperti ini akan terus dipergiatkan bagi memastikan pusat hiburan mematuhi syarat lesen yang ditetapkan. Orang ramai digesa menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan ini,” katanya.
– BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami