KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.
FAMA memaklumkan, ia termasuk sejumlah 349,500 biji telur yang diedarkan di 52 outlet FAMA sebagai langkah intervensi bagi menampung permintaan yang tinggi di Kelantan.
"Berdasarkan pemantauan FAMA, bekalan telur di pasar raya di negeri Kelantan dan Terengganu adalah mencukupi dan dapat memenuhi permintaan pengguna dan tidak berlaku kekurangan bekalan telur ayam seperti yang didakwa," menurut FAMA dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata kebanyakan pasar raya di Pantai Timur masih mempunyai bekalan telur ayam pelbagai gred yang mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri esok.
Beliau berkata kementeriannya telah mengambil tindakan segera dengan melakukan pemeriksaan di beberapa pasar raya dan pasar raya besar terpilih di Kelantan serta Terengganu susulan laporan media berhubung isu gangguan bekalan produk itu di Pantai Timur menjelang Aidilfitri.
FAMA juga telah mengadakan Jualan Agro Madani seperti Program Ramadan Madani, Program Syawal Madani dan Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di Kelantan meliputi 30 lokasi sepanjang bulan Ramadan melibatkan jualan komoditi termasuk telur, ayam dan ikan.
"Ia diadakan bagi kemudahan pengguna mendapatkan barangan keperluan sebagai persediaan menghadapi Hari Raya Aidilfitri," menurut kenyataan itu.
FAMA turut mengambil langkah proaktif meningkatkan pemasaran agromakanan negara, khususnya komoditi telur ayam bagi keperluan pasaran domestik menerusi kerjasama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
"FAMA akan terus menjalankan pemantauan bekalan telur, terutamanya di outlet peruncitan FAMA termasuk pasar raya terpilih di negeri-negeri Pantai Timur bagi memastikan bekalan telur sentiasa memenuhi permintaan pengguna," katanya.
Terdahulu, sebuah akhbar Bahasa Melayu melaporkan bahawa berlakunya kekurangan bekalan telur yang kritikal di beberapa lokasi di Pantai Timur sehingga terpaksa dicatu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran. - Gambar hiasan/BERNAMA
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.
Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad
Kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini.
Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar
Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi dengan bebas.
Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan
Sebuah syarikat peruncit didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, kerana menjual telur ayam melebihi harga kawalan yang ditetapkan.
22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.
Pengimport telur gagal saman Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, tindakan beberapa pengimport telur yang ingin menyaman beliau susulan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu tidak berhasil.
Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.
Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan
Isu kekurangan bekalan minyak masak peket dan telur masih belum menemui titik penyelesaian.
FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal
Komitmen itu dinyatakan selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match'
Apa yang menjadi buah mulut ialah hadiah yang diterima Musonda sebagai ganjaran Man of the Match, iaitu lima papan telur.