22 cedera dalam insiden letupan mercun di Kulim

Dua ambulans membawa mangsa ke Hospital Kulim, manakala lalu lintas kembali terkawal dan orang ramai bersurai selepas insiden. - Gambar/ FB Kedah Version/ Media sosial
KULIM: Sebanyak 22 orang awam cedera termasuk seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Paya Besar dekat sini, tengah malam tadi.
Ringkasan AI
- Sebanyak 22 orang awam cedera dalam insiden letupan mercun di Paya Besar, Kulim pada 12.45 tengah malam, termasuk seorang lelaki yang mengalami luka sedalam lima sentimeter di dahi.
- Kejadian disedari anggota polis semasa rondaan pencegahan jenayah apabila melihat kesesakan lalu lintas dan orang ramai berkumpul di tepi jalan, sebelum pasukan bantuan tiba dan mendapati letupan berpunca daripada mercun yang dibakar.
- Dua ambulans membawa mangsa ke Hospital Kulim, manakala lalu lintas kembali terkawal dan orang ramai bersurai selepas insiden.
"Sebanyak 22 mangsa terlibat dengan seorang mengalami luka sedalam lima sentimeter di dahi manakala yang lain luka kecil akibat terkena belerang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkifli berkata lalu lintas kembali terkawal dan orang ramai bersurai selepas dua ambulans membawa mangsa ke Hospital Kulim.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami