Seramai 227 individu yang dirawat dan dikuarantin telah menerima bantuan khas hilang pendapatan sebanyak RM100 sehari melibatkan jumlah RM309,700 daripada Tabung COVID-19, setakat 27 Mei.
Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Mohamad Azhan Md Amir berkata ada dalam kalangan pesakit terlibat yang menjalani tempoh rawatan dan dikuarantin tidak sampai 14 hari.
"Jumlah pemberian bergantung kepada berapa hari mereka dikuarantin dan berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Setakat ini, NADMA telah menerima lebih 8,000 permohonan untuk bantuan khas itu sejak Tabung COVID-19 dilancarkan 11 Mac lepas," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Tabung COVID-19 terbitan Bernama TV, malam tadi.
Beliau berkata pihaknya sedang melakukan tapisan dengan bantuan KKM untuk memastikan semua urusan pengagihan bantuan berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekangan apabila terdapat maklumat yang diberikan oleh pemohon tidak lengkap.
Pada masa sama, beliau meminta orang ramai yang ingin memohon bantuan itu supaya membaca dan memahami syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memastikan permohonan dapat diuruskan dengan cepat.
Beliau berkata bantuan itu hanya dikhaskan kepada warga Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh kuarantin oleh KKM selama 14 hari serta mereka yang menjalani rawatan di wad hospital akibat COVID-19.
Sementara itu, Bantuan Ihsan Kematian sebanyak RM5,000 telah diserahkan kepada kepada 87 waris mangsa yang terkorban kerana COVID-19, melibatkan jumlah keseluruhan RM435,000.
Sehingga 27 Mei, Tabung COVID-19 telah mengumpulkan sebanyak RM42.924 juta hasil pelbagai sumber termasuk sumbangan awal kerajaan, institusi diraja, anggota pentadbiran dari 25 kementerian, korporat serta individu.
Menyentuh mengenai isu penipuan dalam talian, Mohamad Azhan menasihati orang ramai agar sentiasa merujuk kepada laman web rasmi NADMA dan talian 03-88704800 bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai bantuan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 28 2020
Orang ramai yang ingin memohon bantuan diminta supaya membaca dan memahami syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memastikan permohonan dapat diuruskan dengan cepat. - Gambar hiasan
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.