MALAYSIA
24 kapal flotila antarabangsa berlepas ke Gaza, 15 wakil Malaysia sertai misi

Sebanyak 24 kapal flotila dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol berlepas ke Gaza semalam, membawa mesej kemanusiaan dan bantuan asas, disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 kapal flotila dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol berlepas ke Gaza semalam, membawa mesej kemanusiaan dan bantuan asas, disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia.
Ringkasan AI
- Sebanyak 24 kapal flotila dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara, termasuk 15 wakil Malaysia, berlepas dari Barcelona ke Gaza membawa mesej kemanusiaan dan bantuan asas.
- Delegasi Malaysia diketuai MAPIM, Cinta Gaza Malaysia (CGM) dan NGO lain, menuntut pembukaan laluan bantuan serta penghentian serangan ke atas Gaza.
- Misi Global Sumud Flotila dianggap simbol solidariti dunia menolak pengepungan Gaza, dengan kumpulan kedua dan ketiga delegasi Malaysia dijadual berlepas awal September.
"Delegasi Malaysia disambut penuh hangat oleh masyarakat antarabangsa ketika Jalur Gemilang berkibar di Barcelona.
"Misi flotila ini adalah bukti dunia bangkit bertindak, bukan sekadar berbicara. Malaysia dihormati kerana keberanian dipimpin Perdana Menteri selaku penaung Gerakan Sumud Nusantara, yang disusuli dengan tindakan tegas di peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Sumud Nusantara merangkap anggota Jawatankuasa Induk GSF Nadir Al-Nuri menegaskan flotila itu adalah sebahagian daripada arus kebangkitan global yang menolak pengepungan Gaza.
"Dari Barcelona hingga Kuala Lumpur, dari Asia Tenggara hingga seluruh dunia, kita mesti bersatu menuntut hak yang sama iaitu hentikan kebuluran segera, hentikan perang Gaza dan buka koridor kemanusiaan di Rafah," katanya.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia berkata sudah tiba masanya rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bangkit di semua peringkat untuk memberikan sokongan serta tekanan terhadap rejim Zionis.
Kenyataan itu menyebut fasa seterusnya akan menyaksikan 15 delegasi Malaysia kumpulan kedua berlepas dari pelabuhan Itali bersama delegasi antarabangsa pada 4 Sept ini, serentak dengan kumpulan ketiga Malaysia yang kini berada di Tunisia.
GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami