KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 lokaliti  di Sabah dan Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 25 Ogos sehingga 7 September.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, dalam satu kenyataan media, berkata daripada jumlah itu, 23 lokaliti adalah di Sabah manakala satu lokaliti di Pahang.

Berikut adalah kawasan yang terbabit:

SABAH

Kota Kinabalu
1. Kampung Cenderamata 2 dan Kampung Cempaka, Likas
2. Kampung Inanam Laut
3. Kampung Bambangan, Inanam
4. Kampung Kelingau
5. Kampung Lapasan
6. Taman Kuala Menggatal

Penampang
1. Delta Height
2. Kampung Sindaanan
3. Rainfield Garden
4. Maju Kota Lights Industri

Tawau
1. Kampung Tanjung Batu Tengah
2. Taman Ranggu Saujana
3. Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik
4. Tanjung Batu Laut, Logpon

Kinabatangan
1. Kampung Pelangi
2. Kampung Sri Manis
3. Ladang Sungai Pin

Lahad Datu
1. Perumahan Ladang Felda Sahabat 55
2. Taman Perumahan Satu

Papar
1. Taman Limauan, Kinarut
2. Kampung Mondikot

Kalabakan
1. Ladang Mawang

Sipitang
1.  Kem Sawmil Mengayam Sri Arjuna

PAHANG

1. Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut

Dalam pada itu, Rodzi turut memaklumkan PKPD di 23 lokaliti di Perak, Sabah dan Pahang dilanjutkan sehingga 31 Ogos.

Di PERAK, lokaliti terbabit ialah Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding di Bidor; Kampung Orang Asli Menderang di Sungkai; Kampung Orang Asli Batu 6, Kampung Orang Asli Batu 14, Kampung Orang Asli Batu 16, Kampung Orang Asli Batu 17.

Kampung Orang Asli Batu 18, Kampung Orang Asli Batu 19, Kampung Kenderong, Kampung Sg Rensa, Kampung Sg Chendon, Kampung Sg Odak Kampung Ampangan, Kampung Sg Pos Woh, Kampung Orang Asli Batu 7.

Kampung Orang Asli Batu 7 1/2, Kampung Sg Bot Dalam, Kampung Sg Bot Luar, Kampung Sg Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake di Batang Padang.

Di PAHANG, Kampung Temalian, di Ulu Dong, Raub, manakala di SABAH pula, Taman Kinarut Ria, Papar dan Kampung Kota, Tuaran.

Dalam pada itu, 10 lokaliti di Sarawak, Pahang, Kelantan, Perak dan Sabah pula ditamatkan PKPD bermula 24 Ogos.

Di SARAWAK lokaliti terbabit ialah Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn, Mukah; di PAHANG, Tapak Bina IBN Highland, Genting Highlands; di KELANTAN, Taman Sri Bayu, Tumpat; dan di PERAK, Taman Meru 2B, Kinta.

Sementara itu di SABAH, Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Balung, Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Titingan dan Kem 2 Tolokoson, Tenom; Kampung Sarikan, Nabawan; Kampung Lapasan dan Kampung Timbok, Tuaran.