awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

250 mat rempit dipaksa tolak motosikal ke JPJ

Bernama
Bernama
31/07/2016
07:08 MYT
250 mat rempit dipaksa tolak motosikal ke JPJ
Sebahagian daripada mat rempit yang ditahan dalam Ops Rempit oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Daerah Seremban awal pagi tadi, mengusung motosikal masing-masing untuk pemeriksaan. - Foto Bernama
Lebih 250 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan mereka sejauh 200 meter sehingga ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dalam Op Rempit berhampiran Plaza Tol Senawang awal pagi tadi.
Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Mohd Hafidzal Zainal Abidin berkata kesemua penunggang motosikal itu diarah berbuat demikian bagi pemeriksaan lanjut dan menjalani ujian air kencing.
"Dalam operasi ini, sebanyak 285 motosikal dan 300 individu diperiksa, sebelum 278 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan.
"Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen memandu, tiada lampu brek, tiada cermin sisi, penunggang berumur bawah 16 tahun, ubah suai aksesori dan tidak mempamer lesen L atau P," katanya dalam kenyataan hari ini.
Lima pegawai dan 72 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, satu pegawai dan 17 anggota JPJ serta 10 kakitangan Jabatan Alam Sekitar negeri terbabit dalam operasi yang bermula dari 12 tengah malam hingga 5.30 pagi itu.
Topic Berkaitan
#JPJ
#mat rempit
#motosikal
#rempit ditahan
#tolak motosikal
#Ujian air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan