awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

259 pelajar sekolah menengah di Kelantan positif COVID-19 dalam tempoh dua minggu

Bernama
Bernama
20/04/2021
08:45 MYT
259 pelajar sekolah menengah di Kelantan positif COVID-19 dalam tempoh dua minggu
Angka itu berdasarkan ujian COVID-19 yang dilakukan dalam tempoh dua minggu iaitu antara 3 hingga 16 April lepas. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seramai 259 atau 56 peratus daripada 464 individu yang dikesan positif COVID-19 di Kelantan adalah pelajar sekolah menengah, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.
Beliau berkata jumlah selebihnya adalah guru, kakitangan sekolah, murid sekolah rendah, kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun dan individu lain berusia lebih 19 tahun.
Angka itu berdasarkan ujian COVID-19 yang dilakukan dalam tempoh dua minggu iaitu antara 3 hingga 16 April lepas, katanya.
Menjelaskan perkara itu, Dr Zaini berkata seramai 111 orang (24 peratus) yang dikesan positif adalah murid sekolah rendah berumur antara tujuh hingga 12 tahun.
"Bagi kanak-kanak berusia kurang daripada tujuh tahun, ada seramai lapan orang (dua peratus) serta 86 orang (19 peratus) pula adalah individu berusia lebih 19 tahun (termasuk guru dan kakitangan sekolah).
"Daripada 464 kes itu daerah Kota Bharu mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 189 kes positif diikuti Tumpat (113), Tanah Merah (55), Pasir (36), Machang (20), Bachok (17), Pasir Puteh (15), Kuala Krai (8), Jeli (7) dan Gua Musang (4)," katanya ketika dihubungi, hari ini.
COVID-19 | 259 pelajar di Kelantan positif dalam dua minggu
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata hasil kajian yang dilakukan mendapati jangkitan pantas yang berlaku di sekolah disebabkan pelbagai faktor antaranya ia mudah tersebar terutamanya di asrama.
"Pihak sekolah juga dilihat ada yang masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan," katanya.
Jelasnya, berdasarkan situasi semasa di negeri ini termasuk kewujudan kluster baharu, pihak JKNK menjangkakan kes positif COVID-19 pada minggu ini berkemungkinan mencecah antara 200 hingga 300 kes sehari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kelantan
#positif COVID-19
#Gua Musang
#Tumpat
#Kota Bharu
#sekolah
#kes positif
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan