KUALA LUMPUR: Seramai 26 warga Bangladesh diselamatkan dari sebuah rumah di Pelabuhan Klang, Selangor dalam Operasi Menyelamat yang dilaksanakan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bersama Jabatan Tenaga Kerja Selangor pada Khamis
JTKSM dalam kenyataan memaklumkan kesemua mereka yang diselamatkan pada pukul 12.30 tengah hari itu telah berada di negara ini selama hampir dua bulan selepas dibawa masuk pada 15 Feb lepas.
"Mereka masuk secara sah namun malangnya, majikan gagal memberikan pekerjaan dan menyebabkan mereka tiada sumber pendapatan. Operasi Menyelamat dilakukan bagi mengelakkan para pekerja ini menjadi mangsa penipuan pekerjaan seterusnya membawa kepada berlakunya buruh paksa.
Kesemua 26 pekerja terbabit telah dibawa dan ditempatkan di rumah perlindungan yang dirahsiakan lokasinya untuk keselamatan mereka," menurut kenyataan itu.
Operasi yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM Mohd Asri Abdul Wahab dilaksanakan selepas menerima aduan daripada orang awam.
Menurut kenyataan itu, JTKSM akan membantu dalam urusan mendapatkan gaji para pekerja terbabit dalam tempoh terdekat selain akan memastikan mereka diberi pekerjaan seperti yang dijanjikan atau langkah terakhir dihantar pulang ke negara asal.
JTKSM juga menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang isu yang membawa kepada elemen buruh paksa yang boleh menjejaskan imej negara.
"Semua majikan tidak kira apa juga sektor diseru agar dapat melaksanakan tanggungjawab sewajarnya selepas membuat permohonan pekerja asing seperti penempatan pekerjaan yang dijanjikan dan juga penginapan yang kondusif.
Majikan juga diingatkan agar mematuhi kriteria dan garis panduan yang diwajibkan semasa mereka memohon kuota penggajian pekerja asing bagi mengelakkan pembekuan mahupun tindakan disenaraihitamkan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Kesemua 26 pekerja terbabit telah dibawa dan ditempatkan di rumah perlindungan yang dirahsiakan lokasinya untuk keselamatan mereka. - Gambar Astro AWANI

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.

Op Cantas: 12 lelaki warga India, Bangladesh ditahan dalam bas ekspres
Polis menahan lapan lelaki warganegara India dan empat lelaki warga Bangladesh di dalam sebuah bas ekspres di tepi jalan berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam.

Bangladesh akan terus pertahan hak rakyat Palestin - PM Sheikh Hasina
Sungguh membimbangkan apabila hak rakyat Palestin masih belum dipenuhi, kata Hasina.

Sukan Asia Hangzhou: Kriket wanita negara mara ke suku akhir selepas atasi Hong Kong
Pasukan kriket wanita kebangsaan memulakan kempen Sukan Asia (Asiad) Hangzhou 2022 dengan langkah kanan apabila mengejutkan Hong Kong dengan 22 larian untuk mara ke suku akhir acara T20 antarabangsa.

Remaja warga asing maut jatuh bangunan
Mangsa ditemui maut dalam keadaan tertiarap dan mengalami cedera parah di kepala dan seluruh badan.

Denggi: UNICEF serah sokongan perubatan semasa kes melonjak di Bangladesh
UNICEF pada Ahad berkata ia sedang meningkatkan sokongannya kepada kerajaan Bangladesh untuk membendung wabak denggi.

Ribuan sertai perhimpunan sambut 'Hari Genosid Rohingya' di Bangladesh
Hujan lebat tidak menghalang ribuan penduduk Islam Rohingya menyertai perhimpunan menuntut keadilan terhadap kekerasan yang dilakukan tentera Myanmar ke atas mereka enam tahun lalu.

India kenakan duti eksport baharu ke atas bawang
Pengeksport bawang terbesar dunia, India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang berkuat kuasa serta-merta. Cukai tambahan itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Dis.

Angka kematian lebih 300, kes demam denggi cetus kecemasan kesihatan di Bangladesh
Menurut DGHS, sebanyak 281 kematian akibat denggi dicatatkan pada tahun lepas, jumlah tertinggi pernah direkodkan di mana-mana negara.

Hospital di Dhaka padat dengan pesakit demam denggi
Kes penyakit tropika bawaan nyamuk itu terus mencatatkan peningkatan pantas terutama pada musim hujan ini, di celah kepadatan penduduk Bangladesh.

Puluhan cedera, ditahan dalam protes antikerajaan di Bangladesh
Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pada Sabtu mendakwa polis menahan dan mencederakan lebih 100 penyokong parti itu.