27 individu jalani perintah reman: Ini fakta pelaksanaan hari ke-166 PKP

62 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng, 28,309 kenderaan diperiksa. - Gambar fail
Sejumlah 84 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 27 individu diarah jalani perintah reman.
Berikut antara tumpuan berkenaan pelaksanaan hari ke-166 PKP:
1) 84 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP
2) 55 individu dikompaun, 27 direman dan 2 individu dijamin
3) Antara kesalahan ingkar arahan PKP: Aktiviti dalam pub/kelab malam, gagal sediakan peralatan/catitan keluar masuk, tidak pakai pelitup muka, premis beroperasi lebih masa
4) 62 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng, 28,309 kenderaan diperiksa
5) 418 pemeriksaan terhadap individu jalani kuarantin wajib, semua patuh SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

