awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 mangsa banjir masih berada di dua PPS di Selangor dan Melaka

Bernama
Bernama
13/03/2022
03:35 MYT
27 mangsa banjir masih berada di dua PPS di Selangor dan Melaka
Di Melaka 14 mangsa daripada tiga keluarga pula masih berada di PPS SK Parit Penghulu, daerah Jasin, yang dibuka juga sejak 8 Mac. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 27 mangsa banjir daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Melaka setakat pagi ini.
Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang dikeluarkan pada 8 pagi ini, 13 mangsa daripada empat keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor yang dibuka sejak 8 Mac lepas.
Di Melaka 14 mangsa daripada tiga keluarga pula masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, daerah Jasin, yang dibuka juga sejak 8 Mac.
Laporan tersebut turut mengatakan bahawa PPS Sekolah RTB Bukit Changgang di Selangor ditutup sepenuhnya semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#banjir melaka
#mangsa banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan