KOTA TINGGI: Sebanyak 27 daripada 46 penyelesaian teknologi untuk membantu dalam menangani isu sekuriti makanan negara, tersedia untuk dilaksanakan segera, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata penyelesaian teknologi yang dikenal pasti itu terbahagi kepada beberapa kluster iaitu biji benih; biobaja dan baja penggalak; penggunaan dron dan robotik; perkhidmatan ujian dan aplikasi Internet kebendaan (IoT); akuakultur serta makanan ternakan.
Adham berkata antara penyelesaian diketengahkan ialah penggunaan automasi sistem fertigasi, pertanian menegak dan akuaponik yang diganding bersama aplikasi kecerdasan buatan, seterusnya mengurangkan kos operasi melalui Panel Tenaga Suria Nano.
Langkah ini katanya mampu merancakkan industri agropertanian dan memastikan kesinambungan industri agromakanan.
"Kluster yang MOSTI gerakkan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta kerajaan bagi memastikan sebahagian dari tugasan kita ialah menggunakan teknologi terkini.
Ahli Parlimen Tenggara itu juga berkata, usaha untuk membangunkan teknologi berkaitan tanaman akan terus diusahakan membabitkan pemain utama seperti pengusaha, pihak industri dan ahli akademik bagi membantu menangani isu-isu semasa negara dengan segera.
"Kita (juga) akan terus membangunkan teknologi masyarakat atau yang boleh kita bekerjasama dengan pihak antarabangsa.
"Setakat ini, 27 (penyelesaian teknologi) yang tersedia, kita sudah ada bukti dan dipamerkan dan boleh digerakkan atau dilaksanakan terutama teknologi biobaja di mana kos bio baja itu dapat dikurangkan berbanding kaedah sekarang," katanya.
Bulan lepas, Dr Adham dilaporkan sebagai berkata sebanyak 46 penyelesaian teknologi telah dikenal pasti tersedia untuk membantu dalam menangani isu sekuriti makanan.
Menurutnya, MOSTI menawarkan senarai inventori teknologi di bawahnya yang boleh digunakan segera bagi tujuan itu; dan kepakaran lebih 800 saintis Akademi Sains Malaysia juga boleh dimanfaatkan dalam mengenal pasti serta memadankan kaedah penyelesaian terbaik berlandaskan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Antara penyelesaian diketengahkan adalah penggunaan automasi sistem fertigasi, pertanian menegak dan akuaponik yang diganding bersama AI. - Gambar hiasan
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
SC digesa perluaskan platform GROWMatch ke semua sektor - Gobind
Kementerian Digital menggesa SC untuk memperluaskan platform padanan GROWMatch kepada semua industri bagi menangani jurang pembiayaan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
KPKM mahu generasi muda ceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden
Penglibatan belia sangat penting kepada sektor perikanan negara bagi memastikan kelestarian sekuriti makanan negara.
Sektor perikanan Malaysia rekod 1.3 juta tan metrik pengeluaran setakat Julai
Jumlah itu merangkumi subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat di seluruh negara.
MARDI anjur Persidangan RAC2 bermula 11 hingga13 Jun
Persidangan tersebut antaranya akan menumpukan membincangkan berhubung kepentingan sekuriti makanan.
UPM anjur Karnival Keterjaminan Makanan hari ini
Ia antara usaha UPM bagi merealisasikan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu ini.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Mohamad Sabu, Abang Johari bincang kerjasama sekuriti makanan negara
Mohamad Sabu dalam hantaran di Facebook berkata antara isu yang diberikan penekanan ialah perkara berkaitan pengairan untuk pertanian.
LKIM peruntuk lebih RM200 juta bina dan baik pulih rumah nelayan
LKIM memperuntukkan RM228.2 juta bagi membina dan membaik pulih rumah nelayan di seluruh negara menerusi PKPN sejak 2013 hingga September tahun ini.
Perubahan iklim dan pengasidan laut pembunuh senyap industri perikanan negara
Penurunan secara konsisten dari tahun ke tahun sepanjang tempoh 2020-2022 secara langsung mencerminkan ancaman ke atas sekuriti makanan negara.
Isu kos sara hidup antara fokus Belanjawan Johor 2024 - MB
Isu kos sara hidup merupakan antara perkara fokus yang bakal disentuh pada Belanjawan Johor 2024, yang bakal dibentang pada 23 Nov depan.