awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 premis makanan kotor di Seremban diarah tutup dua minggu

Bernama
Bernama
20/11/2017
02:59 MYT
27 premis makanan kotor di Seremban diarah tutup dua minggu
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan 27 premis makanan di daerah Seremban yang didapati kotor ditutup dua minggu bermula Rabu lepas.
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan 27 premis makanan di daerah Seremban yang didapati kotor ditutup dua minggu bermula Rabu lepas.
Pengarahnya Dr Zainudin Mohd Ali berkata arahan penutupan itu dikeluarkan susulan operasi bersepadu premis makanan bersih yang dijalankan di 59 premis makanan kategori restoran di sekitar daerah Seremban pada hari tersebut.
"Arahan penutupan itu adalah di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Sebanyak 147 notis yang boleh dikompaun di bawah Seksyen 32B akta sama dikeluarkan bernilai RM32,400.
"Seramai 42 orang pegawai kesihatan daerah terlibat dalam operasi sembilan jam itu bermula pukul 9 pagi hari berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, katanya sehingga September lepas, sebanyak 5,675 premis makanan telah diperiksa dan 125 daripadanya diperintah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Beliau berkata 1,527 notis Seksyen 32B Akta Makanan 1983 yang boleh dikompaun bernilai RM299,650 telah dikeluarkan kepada pemilik dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Dr Zainudin berkata sepanjang tahun 2016 sebanyak 6,358 premis makanan diperiksa dan 124 daripadanya diperintah tutup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan kesihatan
#kesihatan
#Negeri Sembilan
#Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009
#Seksyen 11 Akta Makanan 1983
#Seksyen 32B Akta Makanan 1983
#Seremban
#Zainudin Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan