awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 lelaki, wanita ditahan sertai parti liar di Genting Highlands

Azee Shafy
Azee Shafy
14/02/2023
14:57 MYT
28 lelaki, wanita ditahan sertai parti liar di Genting Highlands
Kumpulan yang ditahan itu membabitkan 19 lelaki dan sembilan wanita tempatan berusia antara 26 hingga 48 tahun. - Gambar hiasan
BENTONG: Seramai 28 lelaki dan wanita yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ditahan ketika mengadakan parti liar di sebuah banglo di Genting Highlands, di sini, semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Yoosuf berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan serbuan di rumah tersebut jam 4 petang selepas menerima maklumat awam.
Katanya, kumpulan itu membabitkan 19 lelaki dan sembilan wanita tempatan berusia antara 26 hingga 48 tahun.
"Hasil siasatan serta ujian saringan air kencing ke atas semua suspek yang berkumpul di ruang tamu di banglo itu mendapati mereka positif dadah jenis ketamine dan amphetamine," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, semua suspek ditahan reman antara satu hingga dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000.00 atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#parti liar
#Genting Highlands
#Dadah
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan