KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 28 lokaliti di Kelantan, Perak, Kedah dan Sabah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKPD itu bermula 27 Julai sehingga 9 Ogos 2021.

"Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti terbabit," jelasnya dalam kenyataan media pada Ahad.

Berikut lokaliti PKPD terbabit:

Kelantan:
Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh (6 lokaliti)
- Pekan Selising
- Kg Selising
- Kg Tok Dir
- Kg Pak Omar
- Kg Bukit Bidang
- Kg Bukit Merbau

Mukim Bukit Abal, Pasir Puteh (8 lokaliti)
- Kg Berangan
- Kg Banggol Pak Esah
- Kg Alor Geliong
- Kg Banggol Jenereh
- Kg Kubang Sawa
- Kg Lubuk Kedondong
- Kg Chat
- Kg Banggol Dollah

Perak:
Mukim Ulu Selama, Daerah Larut Matang & Selama
- Kg Sg Seputeh
- Kg Teluk Mas
- Kg Garok
- Kg Tapah

Terengganu:
- Kampung Teluk Menara, Mukim Manir, Kuala Terengganu,

Kedah:
- Kampung Bukit Malut, Pulau Langkawi

Sabah:
- Kampung Mananam, Tongod
- Taman Semarak Megah, Tawau
- Kampung Sangkabok, Menumbok
- Ladang Belian, Kalabakan
- Kampung Batandok, Beaufort
- Kampung Menanjung, Beaufort
- Kampung Pelakat dan Kampung Pelakat Paya, Sipitang
- Kampung Sumaang, Ranau

Dalam pada itu, katanya kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Gong Jering, mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan bermula 27 Julai sehingga 9 Ogos 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak sembilan lokaliti ditamatkan hari ini dan 26 Julai 2021.

Ia melibatkan lapan lokaliti di Sabah iaitu Kampung Nahaba, Tegudon di Kota Belud; Jalan Pasir Likas, Taman Kuala Menggatal, Kuarters Tangki Air Biru di Kota Kinabalu; Borneo Timber di Tongod; Kampung Tebongon di Putatan;Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias di Beaufort.

Selain itu, katanya PKPD di Damai Apartment, Damansara, Petaling, Selangor ditamatkan bermula 26 Julai 2021.