awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 pelajar Malaysia ikuti program YES di Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
29/01/2024
23:00 MYT
28 pelajar Malaysia ikuti program YES di Amerika Syarikat
Sebahagian daripada 28 pelajar Malaysia yang selamat tiba di Amerika Syarikat untuk memulakan semester pembelajaran mereka. - Foto Instagram/@yes.program
PUTRAJAYA: Sebanyak 28 pelajar Malaysia telah dipilih bagi mengikuti program transformasi selama enam bulan melalui program pertukaran pelajar Kennedy-Lugar Youth Exchange and Study (YES) di Amerika Syarikat.
Pengerusi Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia Abdul Halim Othman berkata program yang bermula pada Januari tahun ini, ditaja sepenuhnya oleh Biro Hal Ehwal Pendidikan, US State Department manakala program YES di negara ini diuruskan AFS Antarabudaya Malaysia.
"Apabila tiba di Amerika Syarikat, pelajar akan ditempatkan bersama keluarga angkat dan sekolah angkat mereka di seluruh Amerika Syarikat sebelum memulakan pengajian tinggi selama enam bulan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut Abdul Halim, pelajar yang terlibat merupakan mereka yang berasal dari seluruh Malaysia.
Abdul Halim berkata pelajar berusia 15 dan 16 tahun yang mengikuti program bermula 23 Jan hingga 10 Jun itu turut berperanan sebagai duta kebudayaan Malaysia dan akan terlibat dalam pembelajaran antara budaya.
"Dalam tempoh mereka menyesuaikan diri dengan landskap budaya baharu, mereka bukan sahaja akan berkembang maju tetapi juga menjadi wakil contoh kepada tanah air mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar malaysia
#program pertukaran pelajar
#YES
#kennedy-lugar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan