awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak

Bernama
Bernama
21/11/2024
14:45 MYT
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
KDN menerusi infografik memaklumkan pertukaran melalui program "Jom Exchange Al-Quran (JEQ)" itu terhad kepada satu naskah al-Quran setiap seorang. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari bermula esok.
KDN menerusi infografik memaklumkan pertukaran melalui program "Jom Exchange Al-Quran (JEQ)" itu terhad kepada satu naskah al-Quran setiap seorang.
Program 2TM dengan tema "MADANI di Hati, Rakyat Disantuni" yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 6 petang itu menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada kementerian, agensi serta jabatan kerajaan kepada rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan program berkenaan Sabtu ini.
Selain pameran perkhidmatan daripada kementerian-kementerian, pelbagai aktiviti dan tawaran menarik menanti orang ramai yang hadir pada program ini antaranya reruai usahawan serta Jualan Rahmah MADANI.
Kira-kira 3,000 kekosongan kerja pelbagai jawatan ditawarkan pada program berkenaan selain perjawatan oleh 40 majikan pada karnival kerjaya dengan 150 perkhidmatan terpilih menanti pengunjung.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut menyediakan kaunter bayaran saman dan pertukaran topi keledar selain perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga 60 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#infografik
#Kementerian Dalam Negeri
#PDRM
#Perdana Menteri
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan