Sebanyak 3.6 juta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis dan jumlah itu semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata semakin ramai juga tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut hingga selepas menjalani ujian saringan yang dilaksanakan menerusi program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).
"Jika kita perhatikan, walaupun tidak makan benda manis, ramai antara kita yang cenderung mengambil minuman manis sama ada tin atau botol, yang semuanya tinggi kandungan gula.
"Kita mahu menggalakkan masyarakat agar menukar gaya pemakanan 'suku suku separuh' serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjalan 10,000 langkah sehari, berjoging, mendaki, berbasikal dan sebagainya," katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pahang (Zon Barat) di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Bentong di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Pengarah Kesihatan negeri Dr Sha'ari Ngadiman.
Dr Hilmi turut mengingatkan mereka yang menjual produk makanan tambahan untuk tidak mempromosi kononnya ia boleh mengubati penyakit kronik kerana perkara itu perlu dibuktikan terlebih dahulu menerusi kajian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2018
Semakin ramai juga tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut hingga selepas menjalani ujian saringan. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala
Retinopati diabetik merupakan gejala kerosakan pada retina mata dan boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.
Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah
Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini.
Anwar arah semua kementerian amal kurangkan gula dalam jamuan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua kementerian untuk memastikan amalan kurangkan gula dilaksana dalam setiap jamuan.
Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula
Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025.
Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata, usaha berterusan melibatkan semua pihak berkaitan penting dalam menangani penyakit berkenaan.
ADUN Belantik kritikal, sedang dirawat di HSAH
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik Datuk Mohd Isa Shafie dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.
Mencegah buta akibat diabetes
Kira-kira 64 peratus rakyat Malaysia tidak menyedari penyakit kencing manis menyebabkan penyakit mata.
Pesakit diabetes paling banyak dapatkan rawatan selepas Hari Raya
Keseronokan menikmati juadah hari raya seolah-olah terhenti bagi golongan yang menghidap penyakit kencing manis kerana khuatir jika tersalah makan akan mengakibatkan komplikasi terhadap kesihatan.
Patutlah gula asyik naik, rupanya salah cara! Ambil peduli nasihat doktor ini
Berikut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad mengenai cara untuk menurunkan gula dalam darah