KUALA LUMPUR: Sebanyak 3.8 juta kenderaan dijangka berada di atas lebuh raya di seluruh negara sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina bermula hujung minggu ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dalam usaha memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna pada tahap tertinggi sepanjang tempoh berkenaan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengambil beberapa inisiatif.
Antaranya, mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Selamat yang telah bermula Jumaat lepas serta Op Bersepadu yang akan dilancarkan esok bersama Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Pengoperasian LLM dan syarikat konsesi juga akan dipertingkatkan kepada 24 jam dengan menambah kakitangan bertugas melibatkan anggota peronda, petugas di plaza tol, anggota RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) serta anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).
"Kita juga akan pastikan sistem kutipan tol berfungsi sebaiknya selain menambah lorong bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol, " katanya pada sesi temu ramah bersama Bernama Radio di Wisma Bernama, di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, jentera kembalik turut disediakan di beberapa lokasi terpilih untuk membantu pengguna lebuh raya jika terjadi sebarang kemalangan.
Menurutnya, semua syarikat konsesi lebuh raya juga akan menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong, bermula Jumaat ini sehingga Rabu depan bagi mengelak gangguan aliran trafik.
"Kementerian Kerja Raya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dalam menjayakan kempen keselamatan jalan raya yang akan dilancarkan esok," katanya.
Dalam pada itu, Nanta berkata, sebanyak 4,379 korban nahas jalan raya direkodkan di seluruh negara sepanjang Januari hingga September tahun lalu melibatkan 402,626 kes kemalangan.
"Ia merupakan peningkatan sebanyak 36 peratus atau 147, 094 kes kemalangan berbanding tempoh sama pada 2021," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika diwawancara peneraju Radio Bernama, Raifa Zulkifli menerusi mengenai 'Suara Perpaduan' di Wisma Bernama hari ini. - Gambar BERNAMA
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Pesara maut, kereta dipandu terbabas akibat serangan jantung
Siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Lahat dan apabila sampai di tempat kejadian dia dipercayai mengalami serangan jantung.
3.8 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sepanjang cuti Tahun Baharu Cina
Lembaga Lebuhraya Malaysia ambil beberapa inisiatif untuk pastikan kelancaran aliran trafik sepanjang musim perayaan itu.