NATIONAL
3 diburu kes pergaduhan dua kumpulan warga Pakistan di Penampang

Dua kumpulan warga Pakistan bergaduh dan video mereka tular di media sosial. -Sinar Harian
PENAMPANG: Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di media sosial sejak pagi Khamis.
Ringkasan AI
- Pergaduhan antara dua kumpulan warga Pakistan berlaku kerana rasa tidak puas hati antara satu sama lain, dan video kejadian tersebut telah tular di media sosial.
- Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, mengesahkan laporan diterima dan siasatan mendapati tiga suspek terlibat sedang diburu. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
- Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video pergaduhan tersebut untuk mengelakkan kegusaran awam dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Katanya, laporan tersebut dibuat oleh pengadu yang juga mangsa dalam kejadian berkenaan.
"Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati kedua-dua pihak dan terdapat tiga suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu sedang diburu.
"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda jika disabit kesalahan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sammy menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan rakaman video tersebut di mana-mana platform media sosial bagi mengelak kegusaran awam.
"Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil menyalurkannya terus kepada pihak polis di balai yang berdekatan," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami