SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki warga tempatan atas cubaan menceroboh sebuah gudang simpanan barangan keperluan harian menggunakan pedang samurai, playar dan pemotong besi di Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan, Telok Panglima Garang pada 3 Feb lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 pada pukul 3.45 pagi daripada pengurus gudang, lelaki rakyat tempatan berumur 33 tahun sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya setibanya di lokasi pada 4 pagi, pihaknya berjaya menahan kesemua suspek di sekitar kawasan Telok Panglima Garang dan merampas seunit pemotong besi, sebilah pedang samurai bersarung, sebilah pedang samurai tanpa sarung serta seunit playar.
"Hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek yang berumur 28 tahun sehingga 33 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik selain positif dadah jenis Methamphetamine hasil ujian air kencing.
"Mereka dipercayai aktif dalam melakukan jenayah itu sejak dua bulan lalu dan penahanan mereka telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah sekitar Telok Panglima Garang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Ridhwan berkata kesemua suspek direman empat hari dan ditahan di Lokap Balai Polis Banting Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ceroboh.
Dalam kes berasingan, beliau turut melaporkan pihaknya memberkas lima lelaki warga tempatan yang disyaki memecah masuk sebuah premis perniagaan di Kampung Medan, Telok Panglima Garang pada 10 Feb lalu.
Katanya bertindak atas maklumat, pihaknya menahan dua suspek di sekitar Sungai Kapar, Klang 5 petang semalam dan hasil sosial siasat terhadap kedua-dua suspek, pasukannya menangkap tiga lagi rakan suspek di kawasan Telok Panglima Garang kira-kira sejam setengah kemudian.
Ahmad Ridhwan berkata pihaknya turut merampas barangan perkakasan seperti mesin gerudi tanpa wayar, pemotong jubin, tukul putar tanpa wayar termasuk lima telefon pintar dan seunit gari jenama Chicago.
"Hasil semakan dapati kelima-lima suspek yang ditangkap berumur 27 tahun sehingga 37 tahun, dua daripadanya adalah pekerja bengkel dan tiga lagi merupakan pembaiki pendingin hawa dengan kesemua mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik.
"Kesemua suspek direman empat hari dan ditahan di Lokap Balai Polis Banting IPD Kuala Langat dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023

Polis menahan kesemua suspek di sekitar kawasan Telok Panglima Garang dan antara dirampas ialah dua bilah pedang samurai. - Gambar hiasan/ Pixabay

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

3 lelaki ditahan ceroboh gudang bersenjatakan pedang samurai
Polis menahan tiga lelaki atas cubaan menceroboh sebuah gudang simpanan barangan menggunakan pedang samurai, playar dan pemotong besi di Telok Panglima Garang 3 Feb lalu.

Pengawal keselamatan parah dilibas pedang meninggal dunia
Pengawal keselamatan yang parah dilibas pedang selepas dipercayai menegur seorang lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Tapak Pembinaan di Bukit Bayan, meninggal dunia hari ini.

Lelaki putus tangan, jiran cedera di perut bergaduh guna parang, 'pedang samurai'
Seorang lelaki parah apabila tangan kirinya putus terkena libasan 'pedang samurai' oleh jirannya dalam pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Kampung Kelubi Dalam, di sini, hari ini.

Suspek tetak rakan suka bazir air ditahan
Lelaki itu, berjaya diberkas kira-kira jam 4 petang, ketika bersembunyi dibawah timbunan pelepah kelapa sawit.

Dua lelaki parah ditetak pedang samurai dalam kejadian samun di rumah
Sekumpulan penyamun sanggup menetak dua lelaki demi menyamun barang kemas dalam kejadian di Kampung Air Tawar, Tok Bali, di sini.

Menteri hadap skandal, letak jawatan, elak jadi beban
Menteri Perdagangan Jepun; letak jawatan elak tuduhan gula-gula pengundi dengan hadiah mahal berupa limau, tembikai, telur ikan dan agar-agar.

Dua cedera ditetak guna pedang samurai
Dua sahabat cedera parah selepas dibelasah 10 lelaki termasuk menggunakan pedang samurai dalam kejadian di sebuah restoran berhampiran Penampang Baru, di sini, hari ini.

Hina ibu di Facebook, lelaki belasah dan kerat telinga bekas rakan sekolah
Seorang lelaki berang selepas ibunya dihina di Facebook sebelum nekad serang bekas rakan sekolahnya dengan pedang samurai.

Berang sisha dirampas, 3 lelaki serang penguat kuasa dengan pedang samurai
Suspek turut merosakkan dua kenderaan MPKB-BRI yang digunakan dalam operasi membanteras penjualan shisha.

Ugut bunuh anak kerana isteri tidak mahu pulang beraya
Kecewa bekas isteri enggan pulang beraya, seorang lelaki mengugut mahu membunuh dua anak perempuan mereka.