awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
Wanita warga emas kerugian lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 lelaki ditahan polis bantu siasatan kes kematian warga asing

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/06/2023
03:10 MYT
3 lelaki ditahan polis bantu siasatan kes kematian warga asing
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki warga asing yang maut ditikam di bahagian perut dalam kejadian awal pagi kelmarin.
BUTTERWORTH: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki warga asing yang maut ditikam di bahagian perut dalam kejadian awal pagi kelmarin.
Ketiga- tiga lelaki iaitu majikan dan rakan sekerja mangsa berusia 28 hingga 40 tahun ditahan di dua lokasi iaitu Butterworth dan Permatang Pauh .
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Assisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, kesemua mereka ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan dari Bahagian Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) memaklumkan terdapat seorang pesakit lelaki berusia 33 tahun yang dibawa oleh rakannya mengalami kecederaan kritikal.
Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Hasil bedah siasat mendedahkan, punca kematian mangsa disebabkan luka tikaman pada abdomen.
"Bertindak melalui maklumat yang diterima, pada jam 10 malam hari sama telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki berkenaan dan siasatan lanjut mendapati salah seorang suspek mengaku mencederakan mangsa semasa berada di tempat kejadian sebelum melarikan diri untuk bersembunyi.
"Punca kejadian adalah berpunca daripada pertengkaran mulut di antara mangsa dan suspek yang kedua-duanya berada dalam keadaan mabuk semasa insiden berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, semasa serbuan dilakukan, polis turut merampas beberapa barang antaranya telefon bimbit, sebilah pisau, dua botol minuman keras, sehelai seluar pendek dan sehelai t -shirt yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.
“Ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Sabtu ini untuk siasatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#tiga lelaki ditahan polis
#warga asing maut
#Hospital Seberang Jaya
#gaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan