KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2, LRA Sg Langat dan LRA Langat 2 yang terjejas sebelum ini telah pulih sepenuhnya dan bekalan air telah dapat disalurkan seperti biasa.
Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, LRA Cheras Batu 11 telah mula beroperasi dengan dua kawasan iaitu Taman Sri Indah Cheras dan Kawasan Perindustrian Cheras Jaya telah pulih sepenuhnya.
"Manakala 26 kawasan lagi di wilayah Hulu Langat yang masih terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada 10:00 pagi, 24 Disember 2021.
"Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang belum pulih menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor," memetik kenyataan tersebut.
Air Selangor pada masa sama memaklumkan bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual tersebut.
"Air Selangor ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.
"Air Selangor berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air menggunakan air secara berhemat bagi memastikan kawasan-kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air mengikut jadual," memetik kenyataan itu.
Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Astro Awani
Thu Dec 23 2021

Lori-lori tangki masih lagi digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual tersebut. - Foto Astro AWANI/ShahirOmar

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Konflik Negara Luar | Malaysia perlu ambil iktibar - PM
Konflik Rusia-Ukraine serta kekejaman tentera rejim Israel di Palestin perlu dijadikan sebagai iktibar. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, krisis itu boleh menjejaskan keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia jika tidak diselesaikan dengan segera.

Pemilihan PKR 2022 | Lebih 67,000 ahli undi dalam talian - JPP
Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi adil sejak 18 Mei hingga Jumaat. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.

PDRM siasat kenyataan Kit Siang didakwa gugat ketenteraman awam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Rel Berkembar | Projek landasan elektrik Gemas-JB 85 peratus siap
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction (Rail Division), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, projek mega itu setakat ini memasuki peringkat akhir dan mengikut jadual serta dijangka siap akhir tahun depan.

Gangguan bekalan air Kampung Sungai Besar selesai hujung tahun ini
LAP melakukan pengezonan semula kawasan bekalan supaya tekanan dapat ditingkatkan dalam tempoh yang lebih cepat.

Ban MADA pecah, 75,000 akaun pengguna dijangka alami gangguan bekalan air
SADA memaklumkan dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja kecemasan berhubung insiden tersebut iaitu LRA Pokok Sena dan LRA Bukit Pinang.

Isu air Kelantan: 'Mengapa perlu RM7 bilion untuk selesaikan masalah?' - Husam
Beliau berpandangan jumlah diberikan kerajaan negeri Kelantan itu sebagai melebihi keperluan sebenar untuk menyelesaikan masalah air.

Kelantan perlu RM7b selesai masalah bekalan air - Timbalan MB
Peruntukan itu bagi menukar sistem paip lama melibatkan jarak 5,000 kilometer, serta pembinaan loji baharu.

RM120 juta diperlukan untuk baik pulih sistem paip
Keadaan paip ke Pulau Redang berusia lebih 25 tahun yang uzur itu menyebabkan sering berlaku kebocoran.

Pencemaran bau: JAS keluarkan perintah penahanan operasi kelengkapan terhadap premis
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan Perintah Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas sebuah premis yang disyaki menyebabkan insiden pencemaran bau diesel di sepanjang Sungai Semenyih.

Lelah dan bosan dengan masalah air
Lelah dan bosan dengan masalah air. Itu antara luahan penduduk di Kampung Batu 14, Puchong yang acap kali berhadapan masalah gangguan bekalan air bersih di kawasan mereka.

Air Selangor: Bekalan air di 472 kawasan pulih sepenuhnya
Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

Gangguan air Lembah Klang: LUAS kesan pencemaran seakan diesel
Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, berkata pasukan LUAS yang membuat rondaan mengesan kejadian itu pada jam 2.30 pagi Selasa.

Gangguan air: Bekalan pulih sepenuhnya 9 pagi esok - Air Selangor
Ketika ini proses rawatan air sedang giat dijalankan bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih dan terawat secepat mungkin.